Isyarat warna lampu kapal yang wajib difahami *

Share

 

Memancing di laluan kapal dagang atau zeezone kebiasaannya memang mampu memberikan hasil tangkapan yang lumayan buat kaki pancing, terutama jika kena pada lubuknya.

Namun begitu, memancing di kawasan ini juga berpotensi mendedahkan kaki pancing kepada bahaya terutama jika terlalu leka.

 

Oleh yang demikian adalah amat perlu para pemancing memahami beberapa isyarat lampu dari kapal-kapal besar di laluan kapal.

Perairan Selat Melaka terutama di perairan Pelabuhan Klang adalah lokasi memancing yang terdedah dengan bahaya ini tidak kira siang atau malam.

 

 

*PENTING!!

Lazimnya semua kapal memiliki lampu dengan 3 warna asas yang sering digunakan, iaitu warna putih, merah dan hijau.

Adalah penting untuk kaki pancing mengetahui kedudukan lampu ini terutamanya pada malam hari bagi mengelakkan berlakunya kejadian tak diingini.

 

➡ Jika anda melihat lampu kapal berwarna putih berada di tengah-tengah di antara warna hijau (kedudukannya sedikit tinggi di sebelah kanan yang dipanggil starboard) dan

warna merah (lampu sebelah kiri yang dipanggil port), maka ia membawa maksud kapal tersebut sedang menuju ke arah anda.

Jadi anda perlu segera mengubah haluan ke arah yang selamat.

 

 

➡ Jika anda melihat hanya lampu berwarna putih dan merah sahaja, maka ia membawa maksud kapal tersebut berada di sebelah kiri anda (masih perlu berwaspada).

 

➡ Jika anda melihat hanya lampu berwarna putih dan hijau sahaja tu menunjukkan haluan kapal tu sebelah kanan (masih perlu berwaspada).

 

IKLAN