IKON: Lady Angler – Seketul Puteri Seketul Gewang

Share

 

Nama: Puteri Zulaida

Nama sosmed: Seketul Puteri

 

 

UMPAN: Sejak bilakah Puteri mula memancing?

PUTERI: Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya sudah mempunyai minat untuk melibatkan diri dengan memancing. Ini adalah kerana ibu dan abah adalah kaki pancing tegar.

Apa memasuki remaja, saya mempelajari teknik pancingan dasar air tawar daripada ibu dan abah dan sering mengikuti mereka menyertai pertandingan memancing khususnya di Kolam Seri Bayu Tekala.

Kemudian saya mempelajari teknik casting kira-kira 5 tahun lepas selepas mengenali suami.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

PUTERI: Memancing adalah satu sukan yang menghiburkan. Ia umpama satu permainan yang mempunyai sesuatu misi. Memancing juga mempunyai misi atau targetnya tersendiri.

Tambahan pula, memancing mempunyai pelbagai teknik yang berbeza. Setiap teknik itu pula memerlukan kemahiran yang berbeza-beza. Itulah seronoknya memancing.

 

 

UMPAN: Apa pula rintangan dan harapan Puteri dalam meneruskan hobi ini?

PUTERI: Setakat ini rintangan yang paling mencabar pada saya ialah ketika memburu si Toman. Walaupun spot tersebut adalah ‘syurga’ toman, tetapi dengan faktor perlu dikaji seperti cuaca dan keadaan air. Adakalanya saya akan kumpow berdarah… hahaha!

Harapan saya, secara peribadi saya berharap sukan memancing ini terus dijadikan hobi oleh kesemua generasi dan tidak tenggelam dek zaman kemodenan.

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis sepanjang memancing?

PUTERI: Pengalaman memancing yang manis sudah semestinya bila saya dapat menaikkan spesies-spesies dalam senarai target saya terutamanya ikan toman.

Kenangan pahit itu tetap ada tetapi kalua boleh saya tidak mengingatinya kerana ia secara tidak langsung boleh menjejaskan mood dan emosi.

 

 

Akhir kata dari saya, biarlah hobi memancing ini terus dijadikan sebagai hobi yang menyeronokan dan jangan jadikan hobi ini sebagai satu beban.

Kita cari kawan, bukan cari lawan!

 

 

IKLAN