IKON: Lady Angler – Sarah Akui Masih Newbie

Share

 

Nama: Sarah Boicina Widjaya

Nama sosmed: Sarah Boicina Widjaya

Negara : Singapura

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sejak bila anda terlibat dengan aktiviti memancing?

SARAH: Saya sebenarnya masih hijau dalam dunia memancing ni. Masih belum layak lagi bergelar idola apatah lagi menjadi ikon kepada lady anglers.

Saya mula menjinakkan diri dalam memancing ni sejak 5 tahun lalu. Baru tahap tadika lagi.

 

 

UMPAN: Bagaimana anda boleh terlibat dan berminat pada hobi ini?

SARAH: Pada mulanya saya tidak gemar pada hobi ini. Saya kurang faham kenapa seorang pemancing itu sanggup habiskan masa berjam-jam menunggu sesuatu yang belum pasti.

Semuanya bermula kerana saya sering ikut suami dan ahli keluarga saya ke tepi pantai untuk memancing.

Cinta pada hobi ini hanya timbul bila suami mempengaruhi saya untuk mencuba. Tak sangka dari cuba-cuba itu timbul pula rasa suka.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

SARAH: Memancing banyak mengajar saya erti kesabaran. Segala rintangan dapat diatasi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar.

Ia juga mengeratkan lagi hubungan saya bersama suami dan anak-anak yang juga ada minat yang sama. Saya juga membuat ramai kenalan yang telah bertahun-tahun memancing dan lebih berpengalaman. Mereka tidak lokek berkongsi ilmu.

 

 

Dari situ juga saya belajar cara mengikat bermacam-macam jenis perambut. Saya juga dapat belajar cara-cara yang betul untuk memancing pantai, kolam dan juga di laut dalam.

Bila melihat pemancing-pemancing yang lebih berpengalaman ini, semakin saya gigih untuk membuktikan kemampuan seorang wanita untuk menaikkan tangkapan yang besar.

 

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman pahit dan manis anda sepanjang memancing?

SARAH: Pengalaman manis bagi saya apabila kami berjaya menyatukan ramai pemancing dari latar belakang yang berlainan untuk dijadikan satu pasukan.

Kami kerap bertanding di Singapura dan juga Malaysia. Sekarang usia kumpulan Broadwalk Anglers susah mencecah 3 tahun. Kami diketuai suami saya sendiri.

 

Selain pemancing lelaki, kami mempunyai ramai pemancing wanita dan kanak-kanak. Harapan saya pada masa akan datang agar ramai lagi wanita yang akan cuba menceburi bidang ini kerana memancing adalah satu hobi yang sihat.

 

 

IKLAN