Nama: Rosdi Bin Abdullah

Nama sosmed: Kail Beracun

Usia: 51 tahun

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

 

UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bila memancing dan kenapa memilih hobi ini?

ROSDI: Saya memancing sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi zaman itu belum guna joran kekili lagi. Cuma guna serek (koyan) tin susu je. Tak kenal lagi joran dan reel.

Arwah ayah saya dulu seorang nelayan dan selalu ikut beliau pergi memancing. Jadi, dari situlah timbul hobi memancing ni.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

 

UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara (ikan kuku)?

ROSDI: Saya mula aktif dengan pancingan muara ni sejak 7 tahun lepas. Kira masih baru lagi dengan dunia pancingan muara ni. Sejak itulah saya baru kenal dengan ikan kuku.

IKLAN

Pertama kali menaikkan ikan kuku ni saya terus jatuh hati padanya. Selepas itu saya terus mensasarkan ikan kuku sebagai ikan target apabila turun memancing di muara dan kuala sungai ini.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

 

UMPAN: Apa rintangan dalam pancingan ikan kuku dan harapan dalam meneruskan hobi ini?

ROSDI: Banyak sebenarnya rintangan untuk memancing ikan kuku. Ia banyak berkait dengan cuaca dan faktor air. Contohnya bila air laut jernih, ikan kuku susah nak dipancing.

Ia juga tidak boleh dipancing pada setiap masa. Hanya pada waktu tertentu saja ia akan muncul dan pada waktu lain tidak tahu ke mana menghilang.

Selain itu keadaan di kawasan pancingan juga mencabar. Berpanas dan meniti kawasan berbatu untuk mencari port ikan kuku contohnya satu cabaran yang besar.

 

Harapan saya tentulah untuk melihat lebih banyak port memancing ikan kuku dibina seperti contoh benteng pemecah ombak.

IKLAN

Benteng pemecah ombak merupakan lokasi terbaik untuk memancing ikan kuku.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?

ROSDI: Pengalaman manis ialah ketika memancing ketika ikan aktif memakan umpan dan mendapat tangkapan yang besar besar dan banyak.

Pahit tentulah ketika terpaksa pulang dengan tangan kosong atau biasa disebut orang sebagai kumpau.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

IKLAN

 

UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk memancing ikan kuku, apakah peralatan yang perlu saya ada?

ROSDI: Peralatan untuk memancing ikan kuku ni set pancingan ringan panjang 5’6″, 2-8 lb. Reel saiz 4000. Tali ibu tangsi 25 lb, swivel saiz 8, batu ladung hidup saiz 9 gram, perambut flourocarbon 15lb dan mata kail chinu saiz 5 VMC.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

 

UMPAN: Apakah kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemancing tebing (muara)?

ROSDI: Kriteria yang perlu ada ialah tidak mudah berputus asa. Tegar… dan ada ilmu untuk memancing ikan yang hendak dipancing.

 

Kail Beracun – Otai Sifu Ikan Kuku

baca juga Umpan popular ikan kuku

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI