Nama Penuh: Azizul Azmi

Nama FB: Atok Lure

Usia: 41 tahun

Nama produk: Atoklure

Port: Kedah

 

UMPAN: Boleh tak perkenalkan diri saudara?

ATOKLURE: Saya dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Kedah, sekarang saya tinggal bersama keluarga di Jitra, Kedah.

Saya mempunyai kerjaya hakiki di sektor awam dan saya juga membuat kerja part time sebagai pembuat umpan tiruan ataupon lebih dikenali sebagai luremaker.

 

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang dan lain-lain lagi?

ATOKLURE: Sebenarnya saya mula menceburi bidang ini sejak tahun 2007/08 lagi tetapi saya tidak begitu teliti dalam pembuatan umpan kerana pada masa itu umpan yang dibuat adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.

Selepas itu ramai rakan pemancing yang tertarik dengan umpan yang saya buat, mereka sering bertanyakan saya macamana nak dapatkan umpan ini, disebakan itu saya mulai

serius untuk membuat kajian yang teliti untuk menghasilkan produk umpan buatan saya sendiri dan terhasillah produk dinamakan Atoklure yang tercetus pada tahun 2014 hingga sekarang.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?

ATOKLURE: Pada asalnya ia merupakan hobi kerana maklumlah umpan (lure) agak mahal di pasaran, disebabkan saya minat memancing dan selalu melakukan aktiviti memancing

menggunakan teknik casting, saya mula berfikir dan terdetik di hati saya untuk membuat umpan tiruan dan menggunakan umpan tiruan tersebut dari buatan tangan saya sendiri.

Sebenarnya disebabkan minat yang mendorong saya untuk menjadi pembuat umpan. Sejak kecil lagi saya minat bertukang dan memancing, di situlah tercetus idea untuk mendorong saya mencuba untuk membuat umpan buatan sendiri.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

ATOKLURE: Bagi saya setiap perkerjaan yang kita lakukan mesti akan ada cabaran yang perlu kita lalui, bergitu juga dengan saya, cabaran utama saya adalah untuk menyakinkan

produk yang saya buat ini kepada para pemancing (caster) kerana terdapat banyak saingan umpan tiruan di pasaran.

 

 

Terdapat pelbagai jenis produk yang datang dari luar negara di pasaran ini, disebabkan itu saya rasa begitu mencabar dan saya ingin memajukan lagi produk umpan saya sehingga ia mendapat tempat di hati pemancing.

Saya berasa begitu puas apabila pemancing yang menggunakan produk saya memberi respon yang positif dan ingin menempah lagi produk keluaran saya itu.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?

ATOKLURE: Alhamdulillah umpan (lure) saya telah berada disemua negeri di Malaysia ini termasuk Sabah dan Sarawak, kebanyakan saya menjual secara online dan terdapat juga dijual di kedai pancing sekitar Perak.

Produk saya juga sudah telah mempunyai jualan di luar negara dan telah dijual kepada para pemancing di sekitar USA, Australia dan Singapura.

 

 

Tinggalkan Komen