IKON: Entreprenuer – Amy Froggy Handmade

Share

 

Nama penuh: MOHD.YAMIN BIN JAMIL

Nama FB: Amy

Usia: 34 TAHUN

Nama produk: Amy Froggy HandMade

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang buatan tangan ini?

AMY: Secara rasminya sejak tahun 2015 sehingga sekarang saya buat secara sepenuh masa. Bolehlah dikatakan say ani full time handaker/angler.

Selain itu saya juga mengajar cara membuat gewang softfrogs secara online berserta video sekali.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dalam bidang ini?

AMY: Kerana minat yang mendalam dalam dunia memancing. Selain itu saya ingin mencari peluang pekerjaan dalam dunia fishing sport game.

Sebelum ini saya telah menceburi beberapa bidang lain seperti memanah hingga mewakili Malaysia dan cemerlang dalam art of welding certificate.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

AMY: Rintangan adalah tempat untuk memperluaskan lagi perusahaan pembuatan gewang soft frogs serta peralatan yang mengikut teknologi semasa.

Harapan saya kepada anak-anak muda yang berminat dengan pembuatan gewang boleh menceburi bidang ini salah satunya menjadi side income dan dapat create sesuatu yang baru tanpa mengharapkan produk dari luar.

Dan juga dapat meningkatkan satu tahap permikiran tertinggi golongan pemancing-pemancing di Malaysia.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

Kelebihan produk Amy Froggy HandMade adalah…  saya sentiasa update dan dalam setiap penghasilan gewang / produk dikaji untuk fishing game Light/Medium/Heavy.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?

AMY: Pernah diangkat sebagai ikon lure handmade di Bangkok, Thailand. Walaupun saya berasal dari Malaysia.

Ia adalah pencapaian peribadi yang besar maknanya kerana Thailand merupakan bumi penghasilan gewang froggy yang terbesar.

 

 

IKLAN