Tabiat ikan ruby snapper sememangnya sangat-sangat sukar untuk diduga. Justeru itulah pancingan ruby ini lebih mencabar berbanding memancing ikan kerisi.
Setelah termakan umpan biasanya ia akan terus menekan ke dasar dan cuba mencari batu karang untuk memutuskan perambut. Sama seperti kerapu ia akan membenamkan diri pada peringkat awalnya sahaja.
Jika kita lambat membuat hook-up pasti akan tersangkut di batu karang. Ketika ini perlu banyak bersabar menunggu agar ruby kembali keluar dari celah-celah batu karang. Sebab itulah disaran menggunakan perambut jenis apollo yang berkekuatan 150 lb agar tidak mudah putus.
Batu ladung yang beratnya hingga mencecah 2 kg itu jangan pula tersangkut kat mana-mana lubang karang, kalau tidak puaslah menarik untuk memutuskannya. Bayangkan sendiri untuk memutuskan tali pancing sejauh lebih 200 meter di dalam air.
Oleh demikian ada baiknya gunakan swivel kecil sebagai penyambung atau jambatan agar batu ladung tadi putus dan ikan dapat dinaikkan. Apalah sangat nilai batu ladung dengan si ruby yang merah menyala tu kan.
Kebiasaannya ruby akan menyerah kalah apabila perlawanan hampir ke separuh kedalaman air. Tekanan yang kuat daripada kekili elektrik akan menyebabkan gelembung udaranya keluar melalui mulut dan ia akan semakin lemah.
Apabila hampir di permukaan air biasanya ia akan timbul dengan sendirinya seolah-olah seperti ikan hanyut. Ketika ini teruskan mengarau walaupun tali utama kendur dan nampak mangsa yang terapung beberapa meter dari bot kita.
Kadangkala ia hanyut begitu sahaja apabila mata kail terkeluar daripada rahangnya. Oleh sebab itu gunakan dua mata kail agar lebih selamat. Ketika ini jangan pula ada yu atau jerung yang berkeliaran kalau tidak, pasti di cukainya dengan sekelip mata…!
Untuk memancing ruby snapper umpan hirisan ikan tongkol adalah yang terbaik. Selain itu, sotong segar juga boleh digunakan sebagai alternatif.
Dengan teknologi memancing yang kian berkembang, hari ini spesies ruby snapper lebih popular dengan teknik pancingan jigging perlahan. Teknik yang lebih mesra pemancing ini membolehkan lebih ramai pemancing menewaskan ruby snapper.
Minyak berperisa ini boleh diperoleh di kedai-kedai pancing namun untuk kepuasan, apa kata korang buat sendiri. Nak buat pun tidaklah susah mana. Yang penting ia lebih menjimatkan dan boleh diguna untuk tempoh yang lama.
Bahan keperluan
1 paket minyak masak 1kg
500gm kerisik
250gm udang geragau
250gm gula melaka
Cara pembuatan
Sediakan satu bekas kosong. Masukkan 500gm kerisik, 250gm udang, 250gm gula melaka (sebaiknya gula melaka ditumbuk kasar terlebih dahulu) dan juga 1 paket minyak masak. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati.
Kisar kesemua bahan tadi dengan blender. Tidak perlu kisar kesemua bahan sekaligus. Tapi pastikan kesemua bahan dikisar sehingga menjadi betul-hetul halus.
Setelah semua bahan dikisar halus, sediakan satu periuk atau kuali untuk memasak kesemua bahan tadi. Sebaiknya masaklah dengan api perlahan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Gaul bahan sekali-sekala bagi mengelakkan ia berketul atau berkerak.
Setelah masak, biarkan minyak rohu ini menyejuk. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam botol atau balang kaca. Untuk tahan lama sebaiknya minyak rohu disimpan di dalam bekas kaca.
Aya kurik membawa nama saintifik Euthynnus affinis dan dengan beberapa nama umum seperti kawakawa, bonito dan mackerel tuna. Ia merupakan spesies marin bersifat pelagik-neritik.
Taburan ikan tongkol sangat meluas dan merupakan ikan natif kebanyakan negara termasuk Malaysia. Spesies Indo-Pasifik Barat ini umumnya hidup di lapisan sub permukaan laut berkadar garam rendah dan bersuhu 26-28 darjah celsius.
Malahan tongkol juvenil boleh ditemui di kawasan teluk serta pesisir pantai. Pada kebiasaannya juga tongkol juvenil boleh ditemui dalam kelompok atau kawanan 100 hingga 5000 ekor mencari makan di permukaan air.
Tidak sebagaimana tuna gergasi yang lain, spesies E. affinis ini hanya mampu membesar panjang maksimum sehingga 100 cm. Umumnya spesimen yang biasa ditemui hanya sekitar 50-60 cm sahaja. Ikan tongkol dikatakan tidak terlalu memilih daripada segi diet pemakanannya. Lazimnya ia menjadikan ikan-ikan kecil seperti bilis, sotong serta krustasea sebagai makanannya.
Morfologi
Dari sudut morfologi, bentuk badan ikan tongkol umpama torpedo dengan kulit licin, tidak bersisik kecuali pada korselet dan garis rusuk. Bahagian belakang tongkol berwarna biru gelap metalik, dengan pola lorek mengiring yang rumit mulai daripada pertengahan sirip dorsal pertama.
Sisi badan dan perut berwarna putih keperakan, dengan celoreng berwarna gelap di antara sirip dada dan sirip perut, yang tidak selalu hadir. Tongkol turut memiliki barisan gigi kecil.
Sirip dorsal pertama dan kedua terpisah antara satu sama lain. Sirip-sirip kecil (ridip atau finlets) hadir selepas sirip dolsal kedua membawa ke pangkal ekor di bahagian atas dan bawah badan.
Pangkal ekor pula terdapat susunan sisik yang keras tengah pangkal ekor (tunas atau median keel) yang mampu melukakan tangan jika dikendalikan secara tidak betul.
Ikan-ikan aya adalah jenis spesies yang mempunyai darah yang banyak, hanyir sedikit kesan dari bau darah yang berlebihan, cepat mati apabila berada di atas air dan kurang menggelepar seperti mana ikan-ikan karang.
Ikan aya kurik ditangkap secara komersial oleh nelayan dan merupakan tangkapan yang penting di pelbagai negara di wilayah sebarannya. Aya kurik banyak ditangkap di Filipina, Malaysia, Pakistan dan merupakan tangkapan terpenting di India. Ia ditangkap sebagai sumber protein dan mempunyai nilai gizi yang tinggi. Ia turut memiliki kandungan protein yang cukup baik dari sudut jumlah dan kualitinya.
Dari aspek perikanan rekreasi pula, tongkol bukanlah spesies buruan popular sebagaimana tuna. Namun ia tetap spesies ikan sukan yang seronok dipancing dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuaian.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...