Ikatan Mata Kail Paling Asas & Senang Nak Buat

Share

 

Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin. Boleh dikatakan ia merupakan ikatan penyambungan paling asas dan mudah untuk dibuat.

 

Ikatan ini juga sangat kuat dan simpulan akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah terlerai apabila menarik ikan bersaiz besar. Jom buat!

 

Cara 1

Potong terlebih dahulu tali perambut yang akan digunakan untuk mengikat mata kail.

 

 

Cara 2

Masukkan hujung perambut kira-kira seinci ke dalam lubang cincin melalui bahagian bawah.

 

 

Cara 3

Pegang hujung perambut pada teras mata kail untuk membuat lilitan.

 

 

Cara 4

Mulakan lilitan perambut pada teras mata kail ke arah mata kail.

 

 

Cara 5

Lakukan lilitan dengan kemas.

 

 

Cara 6

Buatkan sekurang-kurangnya lima lilitan.

 

 

Cara 7

Masukkan pangkal perambut ke dalam cincin mata kail juga dari bahagian bawah.

 

 

Cara 8

Tarik bahagian pangkal perambut dengan ketat dan kemudian potong lebihan hujungnya.

 

IKLAN