Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk. Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama atau jenis ubat ini.
Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya, ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing 1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut.
Tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing. Ia agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidakseimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga. Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.
Adalah dinasihat jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti di laut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja. Disyorkan juga mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan.
Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali ke laut.
Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dan sebagainya. Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan.
Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja. Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.
Dinasihatkan juga dapatkan sumber ubat-ubat dari farmasi atau klinik sahaja. Mereka hanya menjual ubat-ubat berdaftar dengan KKM, asli dan dijamin berkualiti dan selamat. Kita boleh mendapat nasihat dan panduan penggunaannya dengan betul, itu tanggungjawab mereka.
Jika nak membeli tablet meclozine, ada banyak nama dagangan di pasaran. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Sebaiknya pilih dalam bentuk blister packed yang dapat tahan lama sehingga tarikh luput.
Selain dari Meclozine, disyorkan juga mengambil Hyoscine yang terbukti berkesan. Ia juga boleh dibeli dalam bentuk patch atau mini plaster walaupun harga agak mahal sikit. Ia perlu dipakai (biasanya ditampal pada bahagian belakang cuping telinga yang tiada rambut) 5-6 jam sebelum trip ke laut dan dapat bertahan sehingga 3 hari.
Jika trip ke laut kurang dari 3 hari, memadai dengan ambil 1 biji tablet Hyoscine 30minit sebelum turun ke laut. Perlu ingat, ubat ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari bagi mengelakkan mabuk berulang dan jangan melebihi dos yang disyorkan.
Tablet Cinnarizine juga berkesan, tetapi perlu diambil 2 jam sebelum trip ke laut. Disyorkan ambil ubat ini kerana ia tidak memberikan kesan mengantuk yang ketara. Walau pun banyak lagi ubat mabuk di pasaran, hanya 2 atau 3 jenis sahaja yang berfaedah dan sesuai.
Hyoscine atau meclozine / Vitamin B6 (mabuk sederhana)
Cinnarizine atau Dimenhydrinate (mabuk yang mudarat).
Ada yang mendakwa beliau adalah seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas (CnR) dan bukannya seorang kaki tapau apabila melepaskan kembali hasil tangkapannya.
Sedangkan dia menggunakan peralatan tidak setanding dengan kekuatan ikan dan bertarung lebih lama dari tempoh yang sepatutnya.
Hakikatnya, perbuatan tapau itu lebih baik daripada membebaskan kembali hasil tangkapan yang tidak pasti keselamatan dan jangka hayatnya.
Sekiranya korang ingin menjadi seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas, maka lakukanlah konsep tangkap dan lepas sepenuhnya.
➡ Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuhnya.
➡ Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
➡ Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lendir ikan dikikiskan. Lendir ini adalah agen pertahanannya dari penyakit!
➡ Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
➡ Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya di dalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
➡ Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu di luar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup.
Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
😳 Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik ke dalam air (kecuali anda memancing di kolam berbayar atau perairan yang tertutup).
Ikan begahak atau spesies Belodontichthys dinema adalah ikan pemangsa yang sinonim dengan perairan air tawar Sungai Pahang.
Waktu terbaik untuk memburu spesies ini adalah pada musim kemarau, lazimnya pada bulan Mac, Jun dan Ogos.
Ikan begahak biasanya mendiami kawasan sungai yang lebih dalam dan berarus.
Ia boleh ditemui secara berkumpulan ketika musim anak-anak ikan mungkus (ikan-ikan kecil) bergerak melawan arus mudik ke hulu.
Untuk mengesan kehadiran begahak adalah tidak sama dengan kehadiran sebarau yang frenzy meligan anak-anak ikan.
Kehadiran begahak dikesan apabila ada kelibat anak-anak ikan yang melompat di permukaan air.
Ia berbeza dengan kesan sambaran dari sebarau yang kedengaran meletup-letup.
Teknik casting biasanya diaplikasi bagi memburu spesies ini. Ia sebenarnya boleh dipancing dengan kaedah lama iaitu menggunakan umpan ikan hidup namun keseronokan memancing lebih jika dilakukan dengan teknik casting.
Walaupun dengan kehadiran ikan mungkus, ada ketikanya ikan begahak ini tidak aktif mengejar anak-anak ikan ini.
Pada waktu ini boleh cuba teknik menunda gewang atau throlling bagi menarik keluar begahak keluar dari lubuknya di dasar sungai.
Untuk tujuan menunda gewang bolehlah gunakan gewang selaman dalam yang mampu menyelam sehingga 3 meter.
Pada asasnya tidak banyak terdapat kawasan melebihi 5 meter di Sungai Pahang. Sementara drag kekili perlu dilaraskan sehingga 50% sahaja bagi mengelak kes rabut atau lucut.
Sama ada menunda atau casting, gunalah treble hook atau mata tiga yang halus dan tajam. Ini kerana begahak diketahui jarang menelan gewang.
Sebaliknya lebih kepada melanggar atau menampar mangsa dengan pipi kepalanya. Sekiranya menggunakan mata kail yang tebal dan kasar maka peratus untuk hook up adalah rendah.
Begitu juga sekiranya menggunakan mata tunggal gewang atau single hook. Dalam erti kata lain, guna treble hook standard saja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...