Ikatan Klasik Snell Knot

Share

 

Ikatan snell merupakan ikatan yang paling asas dan mungkin merupakan antara ikatan yang terawal pernah ditemui. Ikatan ini juga dikatakan amat diminati oleh pemancing-pemancing otai laut dalam. Terutamanya untuk menghasilkan apollo buat sendiri.

 

Tutorial 1

Potong kira-kira sekaki (atau sepanjang mana yang anda suka) panjang tali perambut.  Kemudian ketemukan kedua-dua hujung perambut pada teras mata kail (rujuk kedudukan mata kail dalam gambar).

 

 

Tutorial 2

Ambil lingkaran tali yang menghala ke arah luar mata kail dan lilit pada teras mata kail arah ke dalam (ke arah point mata kail).

 

 

Tutorial 3

Teruskan buat lilitan pada teras mata kail.

 

 

Tutorial 4

Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan atau lebih. Lagi banyak lilitan maka makin kuat ikatan nanti.

 

 

Tutorial 5

Sambil memegang lilitan yang terhasil, tarik perlahan-lahan hujung tali yang berada di hujung cincin mata kail.

 

 

Tutorial 6

Tarik sehingga habis dan pastikan lilitan pada teras mata kail tidak bertindih antara satu sama lain.

 

 

Tutorial 7

Gunakan pengepit atau playar untuk bagi memperkuatkan jerutan ikatan ini.

 

 

Tutorial 8

Setelah ikatan betul-betul kemas, potong lebihan tali dan ia sudah boleh digunakan untuk disambungkan ke pancing.

 

IKLAN