Tak dinafikan orang Cina cukup pandai menyediakan masakan ikan ketutu. Malah mereka jugalah yang lebih ramai menyukai kelazatan ikatan ketutu ini. Jadi, kalau korang nak rasa kelazatan ikan ketutu, kenalah belajar cara memasak ala Cina.
Bahan-bahan
1 ekor ikan ketutu saiz 1kg
1 ketul halia muda, dihiris nipis – ikutlah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, diracik halus
2 ulas bawang putih, dicincang
5-6 biji cili padi, dipotong (kalau nak pedas)
Daun sup dicincang
Daun bawang dipotong
Bahan sos digaul bersama
2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
Ads
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair – boleh gantikan dengan garam
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu teh minyak bijan
Ads
Bahan tumis
Sedikit halia yang diracik
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit minyak
Cara penyediaan
Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan
Ads
Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.
Panaskan kukusan sehingga mendidih.
Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.
Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan ke atas ikan di dalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagai pemancing dan lelaki yang mementingkan status kelelakian anda, adalah sangat penting untuk korang jadikan ikan puyu sebagai menu utama. Nak tau kenapa… ini dia sebabnya.
Presiden Persatuan Usahawan Penternak Puyu Kelantan (Pupuk), Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, ikan puyu digunakan secara meluas di Indonesia untuk merawat dua penyakit yang sering dihidapi manusia.
Menurutnya, spesies ikan darat atau air tawar itu dikatakan mampu mengatasi masalah osteoporosies atau tulang reput selain mengatasi masalah LEMAH TENAGA BATIN LELAKI.
“Di negara jiran itu mereka memproses tulang ikan puyu menjadi serbuk sebelum dibuat kapsul kerana dikatakan tulang puyu mampu menguatkan tulang dan merawat masalah tenaga batin lemah,” katanya.
Mohd Izzat berkata, khasiat tersebut membuatkan ikan puyu mendapat permintaan tinggi selain popular sebagai makanan eksotik termasuk di negara ini.
Menurutnya, menyedari potensi besar dalam industri ikan puyu telah mendorong pelbagai pihak mula menternak ikan puyu secara komersil.
“Di negara ini, ikan puyu lebih popular sebagai makanan eksotik yang diproses dengan pelbagai cara termasuk pekasam,” katanya ketika ditemui di rumah seorang penternak ikan puyu, Ridzuwan Mustafa, 50, di Kampung Keluang.
Mohd Izzat memberitahu lagi, sehubungan itu persatuan menggalakkan orang ramai yang berminat agar menceburi bidang penternakan ikan puyu kerana ia memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius.
Menurutnya, pihaknya mengesyorkan penternak memelihara ikan puyu baka Chumphon 1 yang diimport dari Thailand kerana baka jenis ini mempunyai rasa dagingnya yang lebih manis dan lemak.
“Spesies ini juga boleh mencapai saiz melebihi 3 kg seekor selain tempoh masanya yang lebih singkat untuk membesar berbanding ikan puyu tempatan,” kata graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini.
Ujar beliau, penternakan ikan puyu baka Thailand semakin menjadi pilihan kerana penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian serius termasuk tidak cerewet dari aspek pemakanan.
Ridzuwan bercita-cita menjadi penternak ikan puyu yang berjaya dan dapat membekalkan ikan untuk pasaran tempatan.
Menurutnya, di negara ini ikan puyu boleh dipasarkan secara hidup, pekasam, ikan kering, sejuk beku dan umpan hidup (umpan pancing).
“Ikan spesies ini boleh dipasarkan seawal sebulan iaitu setelah mencapai ukuran 5.08 sentimeter (2 inci) panjang bagi tujuan umpan hidup yang dijual dengan harga sekitar RM1 seekor.
“Harga ikan puyu hidup semasa di pasaran dari baka ini mencecah RM20.00 sekilogram manakala harga benihnya adalah 30 sen seekor,” katanya yang turut membekalkan benih ikan ini untuk penternak dari Kelantan dan Terengganu.
Mohd Izzat berkata, pihaknya sedang menggiatkan usaha menambah bilangan penternak ikan itu di negeri khususnya di daerah Besut daripada 30 orang sekarang kepada bilangan lebih besar memandangkan bekalan ikan puyu tidak dapat memenuhi permintaan pasaran,
Sementara itu salah seorang penternak, Ridzuwan berkata, dia mula berjinak dalam ternakan ikan puyu pada Mac lalu sebanyak 3,000 ekor selepas mengetahui potensi ternakan ini yang sangat besar.
Menurutnya, dia membela ikan tersebut dalam dua kolam buatan dan satu kolam tanah di halaman rumah.
“Saya merancang untuk membesarkan perusahaan saya namun berharap agensi berkaitan atau kerajaan dapat membantu penternak sepertinya untuk memajukan lagi dalam bidang ini,” katanya.
Walaupun ikan kitang memakan lumut dan juga bahan-bahan yang dianggap kotor oleh manusia, hakikatnya ia adalah sejenis ikan laut yang sangat bermanfaat bagi tubuh manusia. Banyak manfaat ikan kitang yang langsung kita tidak sangka.
Melancarkan Proses Metabolisme
Metabolisme ini adalah proses tubuh dalam menyerap sari-sari makanan menjadi tenaga yang kemudian diedarkan ke seluruh bahagian tubuh. Bila anda memiliki metabolisme terlalu cepat, hingga tenaga selalu habis sebelum sel-sel diproses kembali, maka anda sangat sesuai untuk menjadikan ikan kitang sebagai sumber makanan.
Mampu Mencegah Risiko Diserah Barah
Sebahagian daripada zat ikan mampu melawan penyakit kanser. Ikan ini mempunyai kandungan yang sangat diperlukan oleh tubuh agar dapat mencegah tumbuhnya sel-sel abnormal di dalam tubuh yang mampu diserang penyakit barah.
Mengubati Penyakit Asma
Untuk mengubat penyakit asma secara menyeluruh hingga ke akar umbi, anda disarankan mengambil ikan kitang sebagai diet secara rutin. Ini kerana kandungan gizi yang terdapat pada ikan ini mampu mengubati masalah penyakit asma secara rutin.
Mencegah Risiko Diserang Diabetes
Cegahlah penyakit diabetes mulai sekarang, kerana penyakit ini cukup berbahaya. Biasanya jika seseorang diserang penyakit ini boleh menyebabkan kaki membengkak. Jika tidak dirawat ia akan mengakibatkan kaki membusuk dan apabila sudah parah maka harus dipotong. Untuk mencegahnya, cubalah anda mulai memakan ikan kitang mulai sekarang. Ikan ini memiliki kandungan yang dapat mencegah risiko diserang diabetes. Sebaiknya juga pilihlah ikan yang masih segar dan direbus saja untuk dapatkan khasiatnya.
Protein Untuk Tumbesaran
Protein pada ikan kitang bagus untuk membangunkan sistem kekebalan tubuh. Dengan memakan ikan ini, tubuh anda akan memiliki resistensi untuk melawan rasa sakit akibat racun, bakteria, mahupun virus. Protein ikan juga berfungsi menjaga keseimbangan asid dan garam dalam tubuh (mengatur PH tubuh). Namun fungsi utama dari protein ikan ini adalah sebagai zat pembentukan otot.
Kepelbagaian zat dan vitamin
Selain itu, ikan kitang turut mengandung saturated fatty acid (SFA) yang berfungsi mengawal kegemukan.
Mengandungi monounsaturated fatty acid (MFA) yang berfungsi sebagai pembanteras kolesterol jahat. Mengandungi polyunsaturated fatty acid (PFA) yang mempercepatkan proses penyembuhan luka pada anggota badan.
Mengandungi Vitamin A untuk mengubati jerawat dan kesihatan kulit. Mengandung Vitamin B12 yang bagus untuk menambah kadar hemoglobin dan eritrosit. Dapat untuk menenangkan sistem saraf pusat yang tegang.
Mengandungi Kalium. Kalium amat penting bagi tubuh sebagai pembangkit energi di tubuh yang bekerja sama dengan mineral lain seperti Natrium (NA).
Usia yang sudah melepasi setengah abad tidak mematahkan semangat Yusof Abdul Raof dalam aktiviti hariannya sebagai seorang pengusaha makanan di sebuah gerai di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau masih bertenaga dan aktif dalam apa jua bidang yang diceburi termasuk pelbagai kegiatan pada masa lapang. Yusof, atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Sembilang sentiasa bersyukur atas kebolehan luar biasanya sebagai seorang pemancing yang tidak pernah pulang dengan tangan kosong.
Kegemaran memancing yang sudah tertanam di jiwanya sejak berusia 10 tahun itu membolehkan Yusof mendapat gelaran Raja Sembilang kerana beliau memang penganyir dan pakar memancing ikan bermisai dan bersengat ini.
Tanpa mahu merahsiakan kepakaran luar biasa itu, Yusof secara spontan berkata, apa bidang sekalipun seseorang itu mestilah berilmu selain daripada kemahiran semula jadi.
“Saya mengaku, mempelajari segala petua dan cara-cara memancing sembilang ini daripada seorang tua di kampung saya, tetapi sekadar kegunaan sendiri saja…” Senyumnya menampakkan keikhlasan.
Bagaimanapun beliau terpaksa berpegang kepada segala janjinya iaitu tidak boleh makan ikan berkenaan (sembilang) tetapi sekadar memancingnya saja dan jika hasil tangkapan itu lumayan hendaklah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukannya.
Jika beliau melanggar pantang larang ini, ia akan menyebabkan hasil tangkapan spesies berkenaan tidaklah sebanyak mana kebiasaan yang diperolehi tetapi sekadar untuk sekeluarga saja. Yusof tidak menyimpan rahsia cara mengenali lubuk sembilang.
“Pemancing perlu memerhatikan buih-buih yang mungkin dapat dilihat pada permukaan air ketika air besar.
Jika buih-buih kelihatan sudah pasti kawasan itu mengandungi banyak sembilang dan tidak akan menghampakan selain ikan ini mudah dipancing ketika air mula pasang dan pada waktu surut.”
“Pemancng juga mudah memancing ikan jika air teres iaitu ketika air surut mirip kepada lopak-lopak air kawasan menghampiri persisiran pantai.”
Yusof juga mempamerkan jari dan sebahagian daripada lengannya sambil tersenyum berkata, “Lihat tangan dan jari ini sudah lali dan kebas kerana bisa ikan sembilang.”
Pemancing tentu lebih maklum, sengat sembilang bisanya bukan kepalang menjalar hingga ke jantung dan jika rawatan segera tidak diberi pemancing pasti pengsan malah lebam seluruh badan.
“Tangan saya ni… tebal kulitnya, bahagian jari ni sudah kematu terkena sengat. Saya kurang pasti ada yang mengatakan bisa ikan ini akan susut selepas tujuh kali air pasang dan surut.
Tetapi bagi saya cara menghilangkan biasanya mudah aja iaitu gigit saja ekor ikan ini sekuat-kuatnya, hingga bisa beransur susut.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...