Idola – Mawi Joran, Otai Game Mancing

Share

 

Nama: Asmawi Mamat

Nama sosmed: Mawi Joran

 

 

UMPAN: Sejak bilakah anda mula terlibat dengan dunia hanyir ini?

MAWI: Minat memancing mula timbul semenjak umur saya mencecah 12 tahun. Ketika itu di tepi rumah keluarga saya ada sebuah anak sungai yang didiami pelbagai jenis ikan.

Pada mulanya ia sekadar menjadi permainan lazim kanak-kanak. Apabila semakin remaja, ikan-ikan tidak lagi ditangkap dengan tangan kosong sebaliknya mula bertukar menggunakan joran dan kekili. Dari situlah hobi memancing timbul dalam diri saya.

 

 

UMPAN: Sejak bila pula anda terlibat dengan dunia surfcasting?

MAWI: Tarikh sebenar saya sudah lupa tetapi sudah kurang lebih 20 tahun jugalah saya terlibat dengan permainan joran panjang ini.

Sebelum bergiat dengan dengan surfcasting, saya lebih tertumpu pada game atau pertandingan memancing air tawar.

Sekarang ini dunia memancing saya lebih tertumpu pada game pantai dan game pantai.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda terhadap hobi ini?

MAWI: Rintangan tiada dalam diairi aktiviti hobi saya. Apa juga rintangan yang mendatang, saya akan hadapi dengan tabah.

Semakin banyak rintangan yang ada, semakin gigih pula saya akan menanganinya. Harapan saya pula… saya harap agar dikurniakan kesihatan tubuh badan supaya dapat meneruskan hobi yang disayangi ini.

Saya juga berharap dunia surfcasting ini terus berdaya maju dan setanding dengan skop memancing yang lain.

 

 

UMPAN: Boleh kongsikan sedikit pengalaman pahit manis yang dilalui?

MAWI: Yang manis? Bila saya ada dapat ‘manis-manis’ di dalam game maka bolehlah saya belanja makan minum sahabat-sahabat sama berjuang di dalam game tersebut.

Terasa manisnya berkongsi kenangan bersama sahabat-sahabat saya.

 

Pahitnya… biasalah bila membangau terasalah pahitnya. Hahahaha… tapi itu semua tidak mematahlan semangat saya untuk buat yang lebih baik dari yang terbaik.

 

 

UMPAN: Apa yang anda ingin sampaikan kepada pemancing yang ingin terlibat dengan dunia surcasting?

MAWI: Peralatan memancing surf yang berjenama tidaklah penting janji bila ikan strike dan selamat didaratkan barulah tak berputih mata.

Bila kita di dalam dunia surfcasting ini, kita haruslah saling menghormati dengan surfcaster yang lain. Kerjasama amatlah penting dalam dunia surfcasting.

Ilmu-ilmu surfcasting perlulah dikongsi bersama. Dan apabila kita ditegur, janganlah kita bertindak angkuh.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

IKLAN