Ikan ini merupakan simbol dari negara matahari terbit, Jepun. Bukan sahaja harganya mahal, hayatnya juga boleh lama, iaitu lebih dari 200 tahun.
Ikan koi yang paling tua yang pernah direkodkan adalah koi betina yang diberi nama Hanako yang mati pada 7 Julai 1977 (1751 – 7 July 1977).
Ikan yang dipelihara oleh beberapa penjaga ini mati ketika berumur 226 tahun di bawah penjagaan Dr. Komei Koshihara.
Paus bowhead
Ads
Paus bowhead merupakan mamalia laut yang hidupnya paling lama. Antara rekod yang pernah dicatatkan tentang mamalia ini adalah 211 tahun umurnya.
Geoducks
Ia salah satu keluarga moluska yang berumur panjang. Kerang yang hidup di air masin ini mampu hidup sehingga 160 tahun.
Bagaimana untuk mengetahui umurnya? Ia boleh dilihat dari leher yang panjangnya boleh melebihi 1meter panjang.
Ads
HAIWAN TERPINTAR
Ikan lumba-lumba
Otak ikan lumba-lumba berfungsi untuk komunikasi sosial, mampu mengolah maklumat, menyelesaikan masalah dan cergas dalam menerima perkara-perkara baru.
Tidak hairanlah ikan lumba-lumba pernah membantu peronda pasukan tentera laut Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an.
Ads
Ikan ini menggunakan sonar biologi mereka untuk mencari objek tertentu.
Sotong Kurita
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk menguji kecerdasan haiwan ini. Antaranya, meletakkan ketam di dalam bekas dalam takungan.
Ternyata sotong kurita mampu membuka bekas dan menangkap ketam berkenaan. Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sotong kurita hidup sebagai umpan jika memancing
secara bersauh kerana berkemungkinan besar ia menyorok di dalam apa-apa saja bekas atau botol yang ditemuinya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagaimana ikan tuna yang lain, kelompok ikan bluefin tuna atau tuna sirip biru merupakan sebahagian daripada keluarga ikan mackerel.
Selama bertahun-tahun, ikan tuna sirip biru telah ditangkap secara meluas yang menyebabkan tangkapan berlebihan yang menjejaskan populasinya.
Tapi apakah kehebatan atau kelebihan tuna sirip biru ini sebenarnya?
Anda boleh bayangkan sendiri tahap kegergasiannya. Spesies dewasa biasanya mampu mencapai 3 meter panjang, tetapi boleh mencapai 4 meter, menyaksikan ikan Atlantic
bluefin tuna tersenarai sebagai salah satu `ikan bertulang’ (bony fish) terbesar dan yang terbesar dari semua spesies tuna. Berat purata spesimen dewasa dari 130 hingga 679 kg.
Walau bagaimana spesimen melebihi dari julat berat badan lebih tinggi amat jarang ditemui pada masa kini.
Tuna sirip biru biasanya berenang pada kelajuan antara 7 dan 15km per jam, tetapi apabila mengejar mangsa atau untuk mengelakkan pemangsa, mereka boleh berenang sehingga
71 hingga 100 km per jam. Ketika bertarung dengan pemancing, tuna sirip biru melakukan aktivit otot yang sangat tinggi sehingga mampu memasak dagingnya sendiri.
Pergerakan sirip ekornya amat pantas sehingga 30 kali sesaat!
Tuna sirip biru mampu mencapai saiznya yang besar dengan dengan membaham hampir apa saja ikan yang lebih kecil, belut, krustasia dan sotong.
Mereka juga akan menapis makanan pada zooplankton dan organisme kecil lain dan juga telah diperhatikan makan kelp (rumpai laut).
Tuna terbesar yang pernah direkodkan ialah Atlantic bluefin tuna yang ditangkap di Nova Scotia yang beratnya 679kg.
Atlantik bluefin tuna adalah salah satu ikan yang terbesar, paling pantas dan paling hebat dari semua ikan di dunia. Dengan badan berbentuk torpedo, ia dibina untuk kelajuan dan ketahanan.
Ditambah lagi dengan warna badan iaitu biru metalik di atas dan berkilauan perak putih di bahagian bawah, membantu penyamaran mereka dari atas dan bawah untuk menghambat pemangsa.
Disebalik kehebatannya itu, malang sekali populasi tuna sirip biru telah menjadi terlalu teruk akibat tangkapan melampau.
Atas sebab itu komuniti Marine Conservation Society melahirkan kebimbangan dan menasihatkan agar pemburuan kesemua spesies tuna sirip biru untuk makanan dihentikan demi kelestariannya di lautan.
Ikan tuna sirip biru bertelur hanya sekali setahun dan tidak mencapai kematangan reproduktif sehingga berusia lapan hingga 12 tahun.
Ini menjadikan tuna sirip biru lebih terdedah kepada penangkapan ikan yang berlebihan daripada beberapa spesies tuna yang lebih kecil yang dapat menimbulkan beberapa kali dalam setahun.
Tuna sirip biru Atlantik betina boleh menghasilkan sehingga 10 juta telur setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecilnya bertahan hingga dewasa.
Terdapat lapan spesies tuna dan empat daripadanya adalah sebahagian daripada famili tuna sirip biru (Atlantic bluefin atau northern bluefin, southern bluefin, Pasific bluefin dan longtail).
Empat spesies lain adalah albacore, bigeye, blackfin dan yellowfin tuna.
Tuna sirip biru dibina seperti torpedo. Bukan sahaja mereka mempunyai bentuk hidrodinamik, sirip pektoral mereka boleh ditarik balik dan, tidak seperti ikan lain, mata
mereka ditala ke badan mereka. Ini bermakna badan mereka mampu mengurangkan daya seretan apabila mereka berenang melalui air.
Nilainya tak terkira! Pada Januari 2017 lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat hampir 200 kilogram telah menjadi rebutan berpuluh-puluh pengusaha restoran termasuk individu bergelar jutawan untuk membeli ikan tersebut dengan harga yang tinggi.
Namun, ikan tuna itu akhirnya menjadi milik seorang pengusaha restoran sushi terkemuka di Jepun apabila berjaya membida harga ikan tuna sirip biru itu dengan harga 74.2 juta Yen sekali gus menjadi ikan paling mahal di dunia.
Bluefin mempunyai banyak deria arah. Mereka boleh menggunakan pineal window mereka untuk mengikuti isyarat matahari dan langit.
Mereka memanfaatkan deria visual, pencium dan elektromagnetik mereka untuk terus berjalan atau mengikuti mangsa.
Selain itu, mereka adalah thermotactic (pergerakan organisma ke arah atau jauh dari sumber haba).
Musim hujan akan menyebabkan air menjadi keruh dan seterusnya membantu pembiakan ikan terutamanya ikan belanak.
Sekiranya hujan turun berlarutan dalam tempoh lebih satu hari atau seminggu, keadaan akan boleh menjadi buruk dan memberi kesan kepada mata pencarian nelayan dan dalam tempoh proses pertukaran air balik ke asal, ikan-ikan mula bergerak dan berpindah keluar ke lautan terbuka.
Air tawar yang bercampur dengan air masin akan timbul dahulu dari air masin disebabkan air tawar ringan dari tarikan daya bumi. Ini akan memberi kesan kepada tabiat ikan. Ikan merah, gerut-gerut dan gelama atau ibu gelama atau jenahak terutamanya, akan cuba menyorokkan diri di kawasan yang mempunyai lubang yang dalam.
Selalunya terdapat ban pasir yang mudah dihakis oleh banjir atau hujan lebat yang berlarutan. Kesan hakisan ini lama kelamaan akan membentuk satu lopak ar yang dipanggil PALOH. Paloh ini akan penuh dihuni dengan hidupan laut yang mengeluarkan pelbagai jenis ikan dan udang ditambah dengan kemasukan air dari laut yang membawa ikan-ikan besar.
Dalam erti kata lain, kawasan paloh mempunyai potensi adanya ikan-ikan yang boleh dipancing. Apabila kawasan paloh mula surut, pemancing perlulah menyusur mengikut aliran air keluar di mana ikan akan memasuki ke kawasan yang terdapat punca makanan tetapi perlu diingatkan agar pemancing janganlah leka kerana pemancing boleh terperangkap apabila air pasang.
ANGIN
Dua sebab mengapa angin mendatangkan kesan kepada pemancing dan nelayan. Pertama, ikan tidak akan memakan umpan di dalam keadaan angin bergelombang dan menaiki bot pada waktu ini akan mendatangkan kesan yang berbahaya. Itulah sebabnya pemancing perlu mengetahui ramalan kaji cuaca sebelum bergerak keluar memancing.
(Sedikit tip):
Apabila angin meniup ke arah pantai, angin di tengah laut akan kurang aktif dan pemancing akan lebih berjaya dengan hasil tangkapan.
Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di kelong adalah dengan membuat sedikit kajian tentang kelong yang anda ingin pergi.
Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang kelong tersebut.
Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.
Membaca Air
Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di kelong. Ada kelong yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.
Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga kelong ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani.
Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.
Peralatan yang Sesuai
Untuk memancing di kelong mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di kelong.
Apa pun, untuk joran, yang paling minima untuk diguna pakai di kelong ialah 8 kaki. Sebaik-baiknya guna joran bersaiz 10 – 13 kaki untuk memancing di kelong.
Ini kerana, boleh dikatakan kebanyakan kelong, spot ikan bermain agak jauh dari kelong. Jadi kita memerlukan rod panjang untuk membuat balingan jauh bagi membolehkan umpan kita sampai ke spot ikan.
Namun, semuanya bergantung kepada keluasan kelong juga. Jika kelong itu ruangnya agak terhad, cukuplah sekadar menggunakan joran 8 – 10 kaki sahaja.
Lebih elok lagi bawalah variasi joran iaitu set panjang (untuk balingan jauh), set berat (untuk pancingan bawah kelong), dan set ringan (apollo).
Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb.
Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...