Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Ads
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga. Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Ads
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging.
Ads
Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kalau tidak memancing, kami akan memanjat pokok buah-buahan atau pergi melastik burung punai yang banyak ketika musim menuai tiba.
Aku masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika aku, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengalir ke sawah bertujuan untuk mengairi kawasan sawah.
Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah). Kami pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Aku rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang.
Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang kami sediakan sebelum itu, kami meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai. Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau.
Kalau diikutkan cerita nenek, kawasan di situ agak keras. Banyak peristiwa aneh dan misteri yang berlaku di situ terutamanya pada waktu senja dan tengah malam. Namun pada kami, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia sembilan tahun, hanya keseronokan yang di fikiran.
Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan puyu gemuk goreng berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat kami untuk meneruskan aktiviti memancing pada petang itu.
Memang rezeki kami agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, aku tidak tahu mengapa setiap kali kami melabuhkan joran batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan kami seolah-olah tidak memilih bulu.
Setiap 2,3 minit pasti kami akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat kami tambah membara sehingga kami berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak.
Dalam keasyikan memancing itu, aku dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sudah remang senja. Kawasan sekitar mula diterpa dengan kegelapan malam namun keasyikan menaikkan ikan membuatkan kami berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang kami fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang.
Kami berempat bagaikan dirasuk tentang ikan yang dikail. Kami tidak kisah dengan baju yang sudah lencun dek peluh atau kawasan sekitar yang sudah semakin gelap. Kepenatan langsung tidak terasa hinggakan apabila telingaku mendengar laungan azan bertalu-talu dan tiba-tiba aku dan kawan-kawan bagaikan tersedar daripada mimpi panjang yang menakutkan.
Ketika itulah baru kami terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila kami dapati di sekitar kami adalah satu kawasan gelap yang sungguh asing pada pandangan mata. Ketika itu, aku rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan ibu, abah dan adik-adik di rumah. Aku tidak dapat mengagak waktu ketika itu.
Mungkin pada firasatku baru pukul 7.30 malam. Suara azan berlaung lagi. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Aku pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi. Aku cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hati.
Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan kami. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari kami berempat. Kami dipeluk dan dicium dalam keadaan kami terpinga-pinga kehairanan.
Tiba di rumah, barulah aku tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila kami tidak pulang sehingga jam 7.45 malam, abah mengambil keputusan untuk memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ini. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam. Dan kami hanya dijumpai pada jam satu pagi!
Semenjak hari itu, aku dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Aku tidak tahu mengapakah aku tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, aku bersyukur, aku dan kawan-kawan selamat.
Memori ini walaupun sudah hampir 15 tahun berlalu, namun ia segar dalam ingatan kerana itulah kali terakhir aku memancing bersama rakan-rakan baik di kampung.
Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua dahulu, selain kita sebagai penghuni dunia, ada lagi makhluk Allah yang berkongsi bumi yang sama. Wallahualam.
Ikan tilapia juga dikenal sebagai spesies mouth-breeding (memelihara anak dalam mulut), yang berarti mereka membawa telur dan larva dalam mulut mereka selama beberapa hari setelah menetas.
Tilapia sebagai nama umum telah diterapkan pada berbagai cichlid dari tiga genera yang berbeza: Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia. Anggota dari dua genera lainnya dulunya milik genus Tilapia, tetapi sejak itu telah dipecah menjadi genus mereka sendiri.
Namun, spesies tertentu di dalamnya masih biasa disebut “tilapia” terlepas dari perubahan nomenklatur taksonomi mereka yang sebenarnya.
Pembatasan genera ini antara satu sama lain dan untuk tilapiine lainnya memerlukan penelitian lebih lanjut; sekuens DNA mitokondria dikacaukan karena setidaknya di antara spesies dari satu genus, sering terjadi hibridisasi. Spesies yang tersisa di Tilapia khususnya masih tampak sebagai kumpulan paraphyletic.
Spesies ekzotik dan invasif
Tilapia telah digunakan sebagai kontrol biologis untuk masalah tanaman air tertentu. Mereka memiliki preferensi untuk tumbuhan air terapung, duckweed (Lemna sp.) Tetapi juga memakan beberapa filamentous algae.
Di Kenya, tilapia diperkenalkan untuk mengendalikan nyamuk, yang menyebabkan malaria, kerana mereka memakan jentik-jentik nyamuk, akibatnya ia mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, vektor penyakit. Namun, manfaat ini sering kali lebih besar daripada aspek negatif tilapia sebagai spesies invasif.
Ikan tilapia tidak dapat bertahan hidup di daerah beriklim sederhana kerana mereka memerlukan air hangat. Spesies asli tilapia biru, Oreochromis aureus, memiliki toleransi dingin paling tinggi dan mati pada suhu 7 ° C, sementara semua spesies tilapia lainnya mati pada kisaran 11 hingga 17 ° C.
Akibatnya, mereka tidak dapat menyerang habitat beriklim sederhana dan mengganggu ekologi asli di zon beriklim sederhana.
Namun, mereka telah menyebar luas di luar kawasan pengenalan mereka di banyak habitat tropika dan subtropika air tawar dan payau, sering mengganggu spesies asli secara signifikan.
Karena itu, tilapia masuk dalam daftar IUCN ke-100 dalam daftar Spesies Asing Terburuk Dunia milik IUCN.
Di Amerika Syarikat, tilapia ditemukan di sebahagian besar selatan, terutama Florida dan Texas, dan sejauh utara di Idaho, di mana mereka bertahan hidup di zon pelepasan empangan hidro.
Tilapia juga tersebar di sistem kanal Phoenix, Arizona sebagai ukuran pengawalan pertumbuhan alga. Banyak jabatan perikanan dan agensi hidupan liar di Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, dan di tempat lain menganggap mereka sebagai spesies invasif.
Spesies akuarium
Spesies tilapia yang lebih besar umumnya adalah ikan akuarium masyarakat marhaen kerana mereka memakan tanaman, menggali di bahagian bawah, dan bergaduh dengan ikan lain.
Namun, spesies yang lebih besar sering diternak sebagai sumber makanan, kerana mereka tumbuh dengan cepat dan bertolenrasi dengan kepadatan tebar tinggi dan kualiti air yang buruk.
Spesies Afrika Barat yang lebih kecil, seperti T. joka dan spesies dari tasik kawah gunung berapi Cameron, lebih popular. Dalam pengkhususan aquaria cichlid, tilapia dapat dicampur dengan jaya bersama dengan cichlids nonterritorial, armored catfish, tinfoil barbs, garpike dan ikan lasak dan berbahaya lainnya.
Beberapa spesies, termasuk Tilapia buttikoferi, Tilapia rendalli, Tilapia mariae, T. joka dan spesies air payau Sarotherodon melanotheron melanotheron, memiliki pola yang menarik dan cukup dekoratif.
Para tilapiine dari Afrika Utara adalah cichlids komersial yang paling penting. Cepat membesar, toleran terhadap kepadatan kapasiti, dan mudah beradaptasi, mereka telah diperkenalkan dan diternak secara luas di banyak bahagian Asia dan menjadi sasaran akuakultur perikanan yang semakin umum di tempat lain.
Untuk memikat senangin, terutama sekali pemancing harus tahu keadaan pasang surut air. Pada kebiasaannya, paras air pasang dari 1.8 ke 3.0 meter merupakan waktu yang terbaik.
Apabila air mula pasang, tunggu sehingga paras air naik ke separuh nak penuh baru boleh cuba untuk memikat senangin. Keadaan air pula wajib berarus.
Tetapi tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan. Cubalah memikat sehingga paras air hampir pasang penuh.
Apabila air sudah pasang penuh, senangin agak kurang makan dan tidak aktif. Tunggulah sehingga air mula bergerak sudut dan mencuba lagi memikat sehingga paras air surut dan kembali normal.
Lazimnya senangin sangat suka dengan keadaan dasar yang berpasir dan tidak terlalu dalam. Jangkaan dalam 2-3 meter kedalaman air.
Untuk memikat senangin, pemancing boleh cuba teknik top water (popping), gewang crank selaman dalam dan micro jig (10-20 gram) mengikut tempat dan kelajuan air.
Pemilihan gewang sebaiknya tidak terlalu besar. Memadai gewang bersaiz 7cm hingga 9 cm. Untuk teknik popping pula, pemancing harus memilih popper yang agak bising (bunyi kuat) untuk menarik perhatian senangin.
Selain itu teknik karauan juga memainkan peranan. Kebiasaannya, karauan laju dan jerk menjadi keutamaan.
Bagi penggunaan gewang crank selaman dalam pula, lakukan karauan seperti biasa sahaja. Hanya baling dan karau santai.
Bagi penggunaan micro jig pula, teknik jerk hujung joran dan karau untuk dua atau tiga pusingan dilakukan berulang kali.
Sebaiknya setiap balingan ke sesuatu spot yang sama itu diulang beberapa kali sebelum beralih ke spot yang lain. Kebiasaannya senangin memburu makanan secara berkumpulan.
Oleh yang demikian, pemancing boleh melontar gewang di tempat yang sama apabila nampak ada pemangsa mula menyambar gewang.
Kemungkinan senangin yang lain pula akan menyambar gewang yang anda lontarkan.
Senangin juga memiliki aksi akrobatik apabila terkena gewang. Seperti siakap, ia juga berkebolehan memutuskan tali pancing dengan pipinya yang tajam.
Jadi pemancing harus pandai control drag sewaktu ikan mengena dan berhati-hati melayan sehingga ikan selamat didaratkan.
Untuk pengetahuan semua, tip dan panduan ini amat berkesan di padang pancing khususnya di muara Sungai Penor, Kuantan.
Mungkin di lokasi lain sebelah pantai barat sedikit berbeza namun tiada ruginya jika pemancing ingin mencubanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...