Trip ulangan kali kedua menduga lautan Sabah benar-benar mencapai misi seterusnya ‘memecah tong’.
Jika anda ingat lagi, tahun lepas kami buat pertama kalinya mencuba nasib di Sabah, dan kerana keterujaan dengan hasil laut Sabah inilah yang membuat kami dari Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) gigih membuat trip ulangan pada tahun ini.
Peserta trip kali ini seramai 12 orang ahli Kelab Pemancing Wanita Malaysia iaitu Normala, Shima, Zahra, Liza, Farah, Laili, Anun, Azimah, Amy, Fred, Shida, Atteh dan diketuai guider kami iaitu Pok Mud.
Trip 3 hari 2 malam di atas bot bukanlah perkara remeh temeh bagi kami, lebih-lebih lagi memandangkan kami semua adalah wanita.
Persiapan rapi serta persediaan diri dan mental sangat penting. Tidak lupa juga pengurusan tiket kapal terbang dan perubatan.
Dari segi peralatan memancing, kesemua peserta membawa dan menggunakan set reel elektrik untuk bermain ‘bottom’ dan ada juga yang membawa set jingging untuk mencuba nasib di sana.
Kami berkumpul pada jam 9 pagi di Jeti KK Waterfront bersebelahan pasar besar selepas membeli beberapa bekalan makanan ringan di pasar itu.
Lebih kurang jam 10 pagi, bot memancing kami yang pandu kapten Mazlan mula bergerak meninggalkan jeti.
Perjalanan menuju ke destinasi atau port memancing kami memakan masa lebih kurang 6 jam.
Ads
Sepanjang perjalanan, kami menggunakan masa sebaik mungkin dengan membuat persedian memancing, memasang rod dan sebagainya.
Destinasi pertama kami tiba pada jam 4 petang. Sebaik sahaja sauh dilabuhkan, kami tanpa membuang masa memulakan aktiviti permancingan kami.
Untuk trip kali ini, peserta pertama yang ‘memecahkan telur’ paling awal adalah cik Anun dengan ‘double strike’ ikan kerapu dan merahnya.
Teruja melihat hasil cik Anun, semua peserta yang lain gigih mengendalikan set pancingan masing-masing.
Ads
Hasil bersilih ganti, bertuahnya kami kali ini kerana kapten bot kami rajin menukar port apabila peserta sunyi dari hasil yang dinaikkan.
Setiap port mempunyai hasil yang berbeza-beza tetapi tetap memberangsangkan. Cuma pada malam yang kedua sahaja hasil agak hambar dan lebih menhambarkan apabila umpan kami habis.
Untuk meneruskan memancing, kami mencari umpan ikan menggunakan teknik apollo.
Antara ikan yang berjaya kami naikkan ialah ikan merah, ikan kerapu, ikan ibu kerisi, ikan ayam, ikan ‘mata liza’, ikan uji rashid (mata besar), ikan kacang, ikan haruan tasik, siakap merah, ikan tanda karang , ikan tanda tanya dan lain-lain.
Ads
Cukup menarik perhatian kami, untuk pertama kalinya kami melihat ikan ‘scorpion’ (dinaikkan oleh Shida) dan ‘electric eel’ (dinaikkan oleh Normala).
Tetapi tekong membuang semula ikan itu ke laut kerana bimbang kami tersentuh ikan itu yang dikatakan merbahaya dan berbisa.
Juga turut dinaikkan ikan ‘Wobbegong Shark’ oleh Shida tetapi dilepaskan semua ke laut untuk memelihara spesis ikan ini agakntidak pupus.
Pagi-pagi hari ketiga, bot sudah bergerak untuk pulang ke darat. Dalam perjalanan pulang, inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu kami semua iaitu mengeluarkan semua hasil dalam tong dan bergambar kenangan.
Untuk pengetahuan anda semua, tong ikan pertama dan kedua kami sudah penuh,selebih ikan pancingan kami masukkan dalam tong sejuk bot.
Pada tahun lepas kami tak dapat merasa bergambar dengan ikan penuh atas meja. Kali ini, hasil pancingan kami seperti ikan dipasar. Menarik dan suatu pengalaman yang tak akan dilupakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bermula dari tempat menyimpan bot, kemudahan jeti, bengkel baikpulih dan penyelenggaraan bot, maklumat dan informasi persekitaran, kemudahan turun naik bot ke
air, tempat membersih ikan atau tangkapan, aspek keselamatan dan peraturan, persekitaran air yang bersih dan tiada pencemaran sampah sarap, kapasiti enjin serta kuasa kuda bot yang diguna pakai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kalau ada di Malaysia kemudahan dan prasarana sebegini pasti aktiviti memancing akan bertambah rancak. Kita boleh maju selangkah ke hadapan.
Pada asalnya tidak pernah terfikir sama sekali peluang memancing di sini memandang ia tiada dalam senarai program utama. Jadi tiada peralatan pancing yang di bawa bersama.
Hasrat untuk memancing di sini dipendam begitu sahaja kerana tugasan membuat promosi memancing ke Malaysia adalah lebih utama.
Penulis hanya dijemput untuk membantu promosi mengenai sukan memancing Malaysia di New Zealand bagi pihak Tourism Malaysia.
Tiga buah bandar utama dipilih sebagai tempat mengadakan persembahan sukan memancing Malaysia iaitu Nelson, Wellington dan Auckland.
DISORONG BANTAL
Hari kedua di Auckland selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Tourism Malaysia di Auckland bersama seorang agen pelancong tempatan tiba-tiba sahaja ada usul,
“Petang ini saya dah aturkan sesi memancing untuk anda semua”, ujar beliau.
Sebenarnya salah satu kemudahan yang wujud di sini ialah khidmat servis memancing lengkap dengan kemudahan peralatan.
Pemancing boleh bertandang dengan tangan kosong. Ini dikuatkan lagi apabila penulis bertemu dengan Dato’ Md Isa, seorang pengembara dari Malaysia yang banyak menghabiskan masa merantau ke negara luar sambil memancing jika ada kesempatan.
Dalam perbualan antara saya dengan Dato’ Md Isa, beliau sudah hampir dua minggu mengelilingi New Zealand sambil memancing seorang diri.
New Zealand menurutnya lagi adalah negara yang cukup selamat jika mengembara apatah lagi berseorangan.
Begitu juga dengan pakej memancing, semua disediakan termasuk guide dan peralatan pancing. Beliau petang itu juga teruja untuk keluar memancing bersama kami.
Dalam pada itu 3 buah bot gentian menanti kami di salah satu jeti menempatan bot-bot pancing di pusat bandar Auckland.
Salah seorang tekong ialah Leane Dixon, pemancing wanita yang mengungguli pertandingan memancing ikan layaran di Kuala Rompin pada 2013 lepas.
Beliau merupakan pemegang rekod IGFA bagi ikan bluefin tuna untuk kategori wanita. Leane bersama suami seorang doktor pakar bedah di Auckland yang sama minat dalam sukan memancing.
PRASARANA SERBA MODEN
Petang yang dinantikan rombongan bergerak ke jeti di mana bot sudah sedia menunggu ketibaan kami semua.
Di sini salah satu prasarana yang berselerak di New Zealand penulis tak dapat bayangkan betapa bahagianya mereka yang memiliki kemudahan infrastruktur yang begitu lengkap.
Ini baru satu yang dilihat dan ianya hampir sama kesemuanya kerana sukan air begitu popular di sini.
Begitu juga dengan kemudahan lengkap dan serba moden yang di wujudkan bagi memberi faedah kepada penduduk tempatan yang membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan mereka.
Dari pelbagai saiz bot disusun dengan kemas di atas rak gudang yang luas. Forklift besar yang diubahsuai digunakan untuk mengeluar dan menyimpan bot di rak masing-masing.
Malah turun naik bot dari dermaga ke air cukup mudah mengunakan forklift tersebut.
Hampir leka memerhatikan aktiviti dan keunikan prasarana yang lengkap ini, nama penulis dilaungkan beberapa kali kerana masih leka mendongkak susunan bot hampir 7 tingkap
di dalam sebuah gudang yang besar ketika kawan-kawan lain sudah siap memilih bot yang di sediakan.
Hati kecil ini mampu berkata “Bilalah kat Malaysia nak ada semacam ini….”
ZON HAD LAJU
Dari jeti bot menyusuri laluan air yang sesak di pinggir bandar Auckland. Bot dikemudi dengan kelajuan sederhana kerana mengikut peraturan ‘port speed limit’.
Bila melepasi zon had laju barulah terasa pecutan bot yang sebenarnya hingga terasa dingin angin hingga ke tulang.
Kunjungan kami ketika memasukki hujung musim panas dan suhu pada 22 darjah sianghari manakala turun sekitar 14 darjah pada sebelah malam.
Hari itu kami dibawa memancing berhampiran dengan beberapa pulau Rangitoto di pinggir Bandar Auckland.
Terdapat banyak juga bot pemancing yang sudah berada di kawasan berkenaan sebelum kehadiran kami.
Pulau ini jenis berbatu granite serta sulfur seperti kesan dari gunung berapi. Kedalaman air sekitar 40 kaki dengan permukaan laut sedikit beralun dibuai angin dingin.
3 jenis umpan dibawa tekong untuk kegunaan kami memancing sepetang.
Setelah diberi taklimat ringkas oleh tekong Brett, kami memulakan sesi pancing yang dihadkan selama 3 jam sahaja. Peluang ini tidak boleh dipersiakan begitu sahaja.
Bekalan Umpan sotong, tuna, sardin beku dan sebagainya amat mudah didapati di seluruh bandar New Zealand. Boleh dikatakan semua stesen minyak menjual umpan-umpan termasuk bekalan ais ketul.
Tidak perlu bersusah payah mencari pasar basah untuk mendapatkan umpan. Pada mulanya kami mengunakan umpan ikan sardin sekor sebagai umpan sesuai dengan matakail 5/0 yang disyorkan tekong.
Sebaik sahaja umpan mencecah dasar terasa getuan bermula. Joran sentiasa bergetar tanpa ada tanda-tanda lenturan kasar.
Joran berhenti bergetar bila masa umpan habis. Inilah yang dikatakan pantang taruk terus makan.
Banyak umpan hilang dengan cepat. Sedang kami sibuk dalam usaha mencari hasil yang pertama, bot di sebelah pula mengena ikan besar.
Habis satu bot di keliling pemiliknya dalam usaha menangani ikan berkenaan yang akhirnya dipotong tali apabila melihat ianya adalah seekor jerung.
TARUK MAKAN TARUK MAKAN
Kami kemudian mengecilkan sedikit saiz umpan memandangkan di bawah bot terlalu banyak ikan kecil.
Kemudian teknik biar umpan digonggong seketika dan sentap joran dengan kuat agar ia mengena kumpulan ikan yang rakus dengan umpan yang dihulurkan.
Teknik ini menjadi apabila lepas satu persatu ikan merah dinaikkan.
Saiz purata lebih lebar dari tapak tangan namun ia dibawah limit yang dibenarkan tangkap. Saiz minima ialah 27 cm untuk semua ikan merah di kawasan ini.
Kalau hendak penuhkan tong 54qt dalam masa sejam memang mudah. Ikan memang pantang dihidangkan umpan terus sahaja disambar.
Beberapa kali kami berpindah di kawasan sekitar bagi mencari kumpulan ikan merah yang besar melebihi had yang dibenarkan.
Hampir 1 jam pertama semua hasil ikan merah yang dipancing perlu dilepaskan. Belum cukup saiz matang.
Umpan susut dengan cepat ketika itu ekoran ikan merah ini terlalu galak dengan sebarang umpan.
Mungkin yang besar lebih tertumpu memburu makanan pada sebelah malam tidak dapat dipastikan.
Hasrat bukan untuk membawa balik hasil tangkapan tetapi memadainya mencari rekod tangkapan terbaik memancing di sini.
Kami teruskan usaha memancing mencari spesimen yang lebih besar, namun kerana terlalu banyak kumpulan ikan merah sebesar tapak tangan yang lebih dahulu menggerutu umpan, maka peluang merah besar untuk mendapatkan umpan tipis.
Walaupun kecil selebar tapak tangan mat salleh namun kekuatan yang dihasilkan membuatkan rod PE1-3 melentur baik.
Layan dan cukup terhibur kerana seolah tiada masa rehat untuk kami semua. Cukup terhibur dan puas melayan kumpulan ikan merah New Zealand walaupun kami tidak dipertemukan dengan induk merah.
Keceriaan tetap terpancar di wajah masing-masing dalam sedikit kedinginan angin senja.
TERIMA KASIH DAUN KELADI
Dalam masa kurang dari 2 jam memancing kami sudah kehabisan umpan. Skipper sarankan supaya mengunakan soft plastik sementara dua lagi mengunakan saki baki umpan yang tinggal.
Dari berpuluh-puluh ekor ikan merah yang diperolehi, hanya 2 ekor sahaja dibawa pulang untuk kami merasai sendiri rasa ikan merah di sini.
Memancing di kala yang cukup meriah terasa masa memang cepat berlalu. Sebelum hari gelap kami perlu meninggalkan kawasan pancing lebih-lebih lagi suhu bertambah sejuk pada malam hari.
Ketiga-tiga bot meninggalkan perairan Pulau Rangitoto dengan kenangan manis pengalaman memancing di negara hujung dunia ini.
Hasil keseluruhan untuk ketiga-tiga bot tidak dapat dihitung, tapi hanya beberapa ekor sahaja yang dibawa pulang oleh skipper untuk dijadikan juadah makan malam di Hilton Hotel.
Terima kasih juga kepada Puan Zarina dan Encik Shafiq kakitangan Tourism Malaysia di New Zealand atas layanan mesra yang di terima serta kakitangan Tourism Malaysia yang
sama-sama berganding bahu menjayakan program promosi Mancing-Mancing Di Malaysia walaupun artikel ini berkisahkan mancing-mancing di Pulau Kiwi.
Begitu juga dengan ketiga-tiga skipper kami yang sudi melapangkan masa membawa kami memancing serta berkongsi pengalaman berguna.
Oktober tahun lalu, trip light jigging king mackerel perairan Kelantan telah dilangsungkan oleh Team Paradorm Simphat dengan kekuatan 7 jigger kental terdiri daripada saudara Adnan Su, Fadzley, Zeman, Hilman, Fakarul Bakri dan Aliff.
Jam 7.30 bot keluar dari Jeti Kuala Sabak Menuju ke unjam bot pukat jerut sekitar 45km dari daratan.
Sesampai di spot pertama Skipper Chin menghanyutkan bot (teknik drifting) sebelah kanan unjam, balingan dan henjutan pertama menerima 3 strike dari 7 pemancing. Namun hanya seekor saja yang berjaya dinaikkan.
Ikan tenggiri pertama diperolehi oleh saudara Fakarul Bakri. Drifting kedua dan ketiga ada sambaran dari penjaga unjam (tenggiri) namun rabut dan tiada rezeki. Skipper bergerak ke spot kedua tidak jauh dari spot pertama kurang lebih 3km.
Selepas dapat arahan dari skipper, kami dengan pantas menjatuhkan kepingan jig masing-masing. Ketujuh-tujuh jigger mendapat strike dari spesimen yang menghuni unjam tersebut.
Alhamdulillah, 7 ekor tenggiri bersaiz gadang berjaya dinaikkan hanya dalam satu hanyutan bot.
Selepas itu tinggiri mula menyedari kehadiran kami lalu kurang rakus untuk mengejar kepingan jig yang dilemparlan. Skipper kemudiannya menuju ke spot ketiga (unjam bot pukat jerut) lebih kurang 2km saja. Kami diasak dengan kawanan barracuda.
Selepas berpuluh-puluh ekor barracuda berjaya ditewaskan, jig juga banyak putus ekoran leader dipotong sang gigi tajam ini akibat memperlahankan teknik henjutan.
Kami masih lagi berhanyut di situ namun tiada lagi sambaran dari barracuda atau spesies pemangsa yang lai. Skipper mengambil keputusan ke spot ke-4 (5km dari spot ke-3).
Di sini kami diasak oleh ikan belitong dan aruan tasik. Fazley berjaya strike dan mendaratkan aruan tasik mega seberat 17kg.
Manakala saya pula dapat dalam skala 9kg. Di situ sesekali kami dapat menjerat tenggiri yg rata-rata bermain di luar unjam. Selepas keadaan tenang dan tiada sambaran, skiper mengajak ke spot ebek.
Di spot ini kami digasak oleh ebek bulat. 8 kali strike, hanya saya, Aliff dan Adnan Su berjaya menaikan spesis diamond travelly ini.
Menuju ke spot seterusnya di tapak unjam saya, Hilman, Fakarul dan Aliff silih berganti menahan asakan tenggiri dari belakang bot.
Manakala Zeman, Fadzley dan Adnan Su sesekali dapat menaikkan tenggiri dengan kaedah casting bulu ayam 3 rasa.
Antara kepingan jig yang rakus dibaham tenggiri adalah dari jenis yang berwarna silver dan terdapat sedikit luminos. Jam menunjukkan 5.00 petang, skipper menyatakan untuk pulang kerana jarak kami dari spot ini dgn jeti adalah 55km.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di unjam untuk memancing teknik apollo untuk mencari ikan lauk. Kembung dan selar dalam 6kg berjaya dinaikkan dengan kaedah apollo, ia sebagai lauk tambahan sebenarnya.
Jam 6.30 petang kami selamat smpi di Jeti Kuala Sabak. Kami sangat berpuas hati dengan khidmat skipper untuk trip kali ini.
Skipper Chin Sabok berpengkalan di Jeti Kuala Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tempoh trip dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang, spot unjam pukat jerut sekitar perairan Kelantan.
Hasil yang kami perolehi; 36 ekor tenggiri, 36 ekor cobia, 3 ekor belitong, 20 ekor barracuda dan 3 ekor ebek bulat.
Pada awal pagi, kami turun bersarapan sambil menikmati `open air` di tepi tasik. Makanan pun sedap, terdiri dari nasi goreng udang dan telur rebus dengan roti.
Tasik Nam Ngun adalah empangan yang terbesar di Laos. Luas kawasan tasik ini adalah 370 km pesegi. Empangan ini dibina pada tahun 1968 dan siap pada tahun 1977. Ia dibina di atas sungai Nam Ngun, anak sungai Mekong.
Spesies ikan yang kami sasarkan di sini ialah ikan sebarau (Hampala macrolepidota) dan sepupunya ikan eye-spot barb (Hampala dispar).
Rupa bentuk ikan eye-spot barb sama seperti sebarau tetapi badannya ada hanya satu spot hitam, dan bukan dua atau tiga jalur hitam seperti sebarau.
Spesies ini lebih kecil dari sebarau, dalam lingkungan kurang 500 gm. Ikan eye-spot barb yang lebih dari 500 gm boleh didaftarkan dengan IGFA sebagai rekod sedunia!
Toman juga terdapat di tasik ini selain beberapa jenis kap yang kecil. Francois memberi tahu paras air telah turun. Dan harapan untuk mendapatkan mendapat toman agak tipis. Tetapi sasaran kami ialah hampala dispar, sebab ikan spesies ini tiada di Malaysia.
Pada hari pertama di Nam Ngun, kami kesemua mendapat beberapa ekor sebarau dan juga eye-spot barb. Malangnya, kesemua ikan eye-spot barb, bila ditimbang, terlalu kecil dan bawah 500 gm. Kebanyakannya bawah lingkungan 400gm.
Cara memancing spesies ini sama seperti memancing ikan sebarau, dan yang syoknya eye-spot barb pun kuat lawan walaupun kecil. Hanya Richard seorang dapat seekor toman, sayangnya dia tidak mengambil gambar!
Malam itu, kami tidur awal kerana berasa amat letih, maklumlah tidak mendapat lena yang cukup terutama mengharungi perjalanan panjang dan jalan yang penuh dengan lubang.
HARI KELIMA:
Hari terakhir kami memancing di negara Laos. Semangat dan harapan kami amat tinggi untuk cuba mendapatkan hampala dispar yang boleh didaftarkan dengan IGFA sebagai rekod sedunia.
Kali ini saya berpasangan dengan Wai Hin dalam satu bot. Kami terus ke sebuah pulau yang mana tebingnya penuh dengan tumbuhan bawah air.
Wai Hin yang cuba casting menggunakan `katak Siam` dan saya menggunakan gewang Yo- Zuri magnet warna biru putih dan berbintik hitam. Kami berjaya mendapat beberapa ekor hampala dispar. Malangnya, kesemuanya saiz bawah 500 gm.
Pulau demi pulau kami jelajahi dengan casting tanpa henti dengan menggunakan pelbagai jenis gewang dan juga sesudu. Kadangkala kami juga mendapat sebarau, tetapi
nampaknya trip ini tidak berjaya mendapatkan hampala dispar mahupun sebarau bersaiz besar dan bertaraf badong. Ikan yang berjaya diperolehi kali lepaskan semula.
Walau bagaimanapun, kami cukup gembira dengan pengembaraan dan aktiviti memancing yang dirancang di Laos. Ini adalah trip pertama kumpulan kami ke Laos.
Banyak pengalaman yang telah pelajari khususnya memahami budaya setempat, ekonomi rakyat, dan potensi untuk negara ini dimajukan.
Perbezaan 2 spesies sebarau
HARI KEENAM:
Kami bertolak pada awal pagi untuk perjalanan balik ke Udon Thani di Thailand. Kami singgah juga ke ibu kota Vientianne untuk makan tengah hari. Pada petangnya, kami terus menaiki pesawat ke Bangkok.
ALAT PANCING:
Alat memancing yang diguna untuk memancing ikan kelah ialah joran-joran medium heavy yang dipasangkan dengan Shimano 3500 Bait runner, dengan tali braided 20lb.
Untuk casting di sungai dan di Empangan Nam Ngun, kami gunakan joran light medium 6lb-14lb dan kekili saiz 2000 dan 2500, dan tali braided 10lb atau 12lb.
Ada di antara kami yang mengguna mono leader Berkeley Vanish fluorocarbon pada tempat-tempat dimana air jernih. Kami juga membawa joran kekuatan 10-25lb dengan reel saiz 3000 tetapi joran tersebut tidak dapat digunakan kerana tiada ikan toman.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...