Bujuk merupakan jenis pembangkai. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan umpan apa yang sesuai. Sama ada umpan hidup atau umpan mati boleh dipakai. Kalau nak nak pakai gewang, gunalah gewang replika yang menyerupai sifat diet utamanya.
Habitatnya di kawasan air sedikit berarus. Dalam erti kata lain, peluang untuk memperoleh bujuk di kolam atau lombong yang tidak bersambung dengan sistem sungai amat tipis sekali. Begitu juga di kawasan jeram yang laju arusnya.
Habitat liar bujuk sememangnya mengelirukan. Jangan cepat terpedaya dengan parit kecil yang kelihatan seperti tak berpenghuni. Kebanyakan bujuk menghuni sungai atau parit yang dasarnya bertunggul, longgokan daunan, berlumut dan berair sejuk.
Ads
Air tanah gambut
Air yang berwarna gelap bukanlah bermakna kualiti air itu kotor atau kurang oksigen seperti air longkang. Paya tanah gambut yang lazim airnya berwarna hitam gelap jarang tidak dihuni oleh bujuk.
Kawasan redup
Ads
Jika anda menemui lokasi sebagaimana yang digambarkan, jangan sesegan untuk melontar umpan ke kawasan tersebut. Bujuk dipercayai gemar berlegar sekitar kawasan redup atau di bawah naungan pokok rimbun untuk memburu mangsanya.
Ads
Cepat mati
Walaupun kelihatan lasak dan tinggal di habitat mencabar tetapi apabila terkena mata kail, ikan bujuk cepat tertekan dan mudah mati. Daripada membiarkan ia mati secara perlahan-lahan selepas terkena mata kail maka lebih baik ia dibawa pulang dan dimasak.
Boleh menyerang manusia jika terdesak. Walaupun belum ada kes tetapi tidak perlulah menciptanya semata-mata untuk membuktikan ia sememangnya betul.
Perubahan warna.
Rasa-rasanya inilah fakta yang paling penting. Bukan ikan bujuk saja, ikan-ikan lain pun turut dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya faktor air. Atas sebab itulah anda akan melihat warna badan ikan bujuk sedikit berbeza di lain-lain tempat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
➡ Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini.
Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.
➡ Gunalah gancu, sauk atau lip grip untuk mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil.
Dan jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.
➡ Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai.
Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.
➡ Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan.
Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
➡ Sekiranya ikan yang diperoleh bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya.
Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah.
Bagi peminat jigging, aplikasi teknik ini sememangnya memerlukan peralatan yang tinggi kosnya. Selain harga jig itu sendiri mahal, perlu juga menyediakan assist hooks. Ia memang ada dijual, tetapi harganya juga mahal, walhal ia sebenarnya begitu mudah dibuat sendiri. Tambahan pula, aksesorinya banyak dijual.
Terdapat banyak cara, orang membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.
Bahan Keperluan:
Tali sulam 80 lb
Mata kail octopus
Split ring saiz 4-5
Shrink tube
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Panjangnya tali dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat. Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.
Langkah 2
Masukkan split ring di tengah-tengahtali tersebut dan simpulkan pada satu arah.
Langkah 3
Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar dibawah.
Panaskan shrink tube dengan lighter dan jig kevlar tersebut boleh digunakan bersama jig besi serta merta.
Cara ini juga boleh digunakanjika anda mempunyai tali kevlar yang dikhaskan untuk jigging.
Langkah 4
Mudah bukan. Kurang 5 minit untukmenyediakan assist hooks.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...