Fahami Pengertian Air Pasang Besar & Kesannya Terhadap Sesi Mancing

Share

 

Kejadian air pasang besar bukanlah satu fenomena yang asing termasuk di negara kita. Begitu pun, berapa ramaikah di antara kita yang memahami apa itu keadaan air pasang besar dan bagaimana hal ini berlaku. Kali ini kita akan merungkai sedikit sebanyak tentang fenomena air pasang besar.

 

Fenomena air pasang besar berlaku disebabkan oleh keadaan fenomena bulan penuh atau disebut ‘supermoon’. Keadaan ini berlaku di mana kedudukan bulan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi. Supermoon atau nama lainnya Lunar Perigee akan menjadikan bulan kelihatan lebih besar dan lebih cerah daripada biasa.

 

 

Seperti yang kita ketahui, keadaan pasang surut air dipengaruhi oleh graviti bulan. Oleh yang demikian, keadaan Supermoon atau Lunar Perigee ini menjadikan tarikan graviti bulan menjadi lebih tinggi dan kuat lantas menjadikan paras air di bumi meningkat naik atau dikenali sebagai ‘supertide’. Keadaan ini seterusnya mencetuskan fenomena air pasang besar.

 

 

Dalam beberapa hal, terdapat juga fenomena air pasang besar yang agak abnormal. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu di kawasan perairan Pantai Timur telah berlaku fenomena air pasang besar ini. Keadaan ini menyebabkan paras air meningkat secara mendadak malah berlaku ketika musim tengkujuh.

 

 

Paras air meningkat dan melimpah telah mengakibatkan banjir dan beberapa siri kemusnahan setempat. Paling terkesan akibat fenomena sebegini pastinya di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan laut.

 

Adakah fenomena air pasang surut mempengaruhi kaki pancing dan aktiviti memancing?

 

Bagi kaki pancing, keadaan pasang surut air pastinya antara perkara yang dititikberatkan terutama ketika merancang sesuatu trip mancing di laut. Pasang surut air serta musim sememangnya mempengaruhi spesies ikan di sesuatu kawasan.

 

 

Namun sebaik-baiknya soal keselamatan haruslah diutamakan ketika memancing. Baik di lautan atau di hutan, jika keadaan seperti berisiko untuk memancing, hentikan aktiviti memancing dan pulang atau cari tempat berlindung.

IKLAN