Memancing di rakit dan kelong kelong sebenarnya satu gaya pancingan yang pasif. Kita perlu ingat bahawa hasil bergantung sepenuhnya kepada musim dan pergerakan ikan. Oleh kerana ia adalah satu struktur statik di pesisir laut, kita tidak bebas mengikut pergerakan ikan dan terpaksa menunggu kumpulan ikan bergerak menghampirinya.
Ads
Peluang ini perlulah digunakan sebaik-baiknya, di mana kita perlu memerah segala teknik dan tenaga yang bakal mempengaruhi hasil tangkapan nanti. Walau bagaimana pun, sangat sukar untuk kita meramal waktu ini. Tetapi salah satu caranya, kita boleh merujuk kepada pergerakan ikan umpan seperti tamban.
Untuk menentukan musim ikan pula, sebaik-baiknya rujuklah kepada penjaga premis ini. Mengikut pemerhatian, kebanyakan ikan biasanya didaratkan antara bulan April hingga September. Oktober hingga Februari pula lebih sinonim dengan musim tengkujuh, justeru kurang sesuai.
Ads
Pasang surut air dan cuaca turut mempengaruhi pergerakan ikan. Waktu terbaik ialah air pasang pagi atau petang, tetapi pagi lebih menjanjikan. Tengah hari bukanlah tak sesuai tetapi aktiviti biasanya sedikit terganggu dengan faktor cuaca terik dan tiupan angin kuat. Malam pula biasanya dihabiskan dengan pancingan dasar dan koyan.
Boleh dikatakan setiap kategori udang galah mempunyai gaya dan lentik menghenjut pertarungan tersendiri. Jika bersaiz galah atau jenggo, ia kurang melawan pada peringkat mula terangkat dari dasar tetapi pasti menunjukkan belangnya dengan menghenjut joran dengan kuat sebaik sahaja muncul di permukaan.
Apabila ia semakin menampakkan sepit biru di permukaan, saat inilah detik paling gemuruh buat kaki pancing udang galah. Dikatakan, pemancing yang kurang pengalaman akan kehilangan hasil, udang mudah terlucut dari mata kail.
Untuk udang jantan muda, ia akan melawan secara konsisten dan berterusan manakala daya juangnya boleh tahan berpadanan dengan peralatan yang digunakan. Bagi udang bertelur ia hanya kuat melawan di peringkat permulaan sahaja.
Manakala udang kecil sering menggegarkan hujung joran bertalu-talu setiap ia cuba mengeluarkan umpan dari mata kail. Untuk itu, kekili kecil yang digunakan juga perlu dilaraskan sistem seretan (drag) supaya ia dapat menampung beban mengejut yang dikenakan seperti henjutan udang secara tiba-tiba.
Walaupun udang saiznya kecil tetapi teknik dan peralatan termasuk mata kail sesuai perlu dipadankan dengan kombinasi sesuai agar kepuasan serta kegagalan menjinakkan udang dapat dihindari.
Paling menarik ialah tahap kesabaran menaikkan udang yang berada di mata pancing adalah tinggi berbanding spesies lain. Pemancing perlu banyak berlembut dan sabar setiap kali udang menghenjut pancing.
Adakah benar udang galah sukar untuk ditundukkan? Apakah taktik untuk memancing udang galah meragut umpan yang ditawarkan?
Sebenarnya ada banyak teknik atau petua yang digunakan kaki pancing untuk menangkap udang galah. Pertama sekali, kenali dahulu spesies ini. Barulah anda ada pengetahuan untuk menaikkannya.
KENALI UDANG
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau.
Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.
UMPAN
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah. Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan.
Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah. Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup. Mudah kan?
Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam. Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata.
Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.
WAKTU
Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim. Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya). Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.
Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
PADANG PANCING
Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya.
Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.
Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.
Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.
PERKAKASAN
Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat udang. Tali tangsi 12 paun boleh menampung sebanyak 5.5kg (maksiumum).
Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai.
Kejadian air pasang besar bukanlah satu fenomena yang asing termasuk di negara kita. Begitu pun, berapa ramaikah di antara kita yang memahami apa itu keadaan air pasang besar dan bagaimana hal ini berlaku. Kali ini kita akan merungkai sedikit sebanyak tentang fenomena air pasang besar.
Fenomena air pasang besar berlaku disebabkan oleh keadaan fenomena bulan penuh atau disebut ‘supermoon’. Keadaan ini berlaku di mana kedudukan bulan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi. Supermoon atau nama lainnya Lunar Perigee akan menjadikan bulan kelihatan lebih besar dan lebih cerah daripada biasa.
Seperti yang kita ketahui, keadaan pasang surut air dipengaruhi oleh graviti bulan. Oleh yang demikian, keadaan Supermoon atau Lunar Perigee ini menjadikan tarikan graviti bulan menjadi lebih tinggi dan kuat lantas menjadikan paras air di bumi meningkat naik atau dikenali sebagai ‘supertide’. Keadaan ini seterusnya mencetuskan fenomena air pasang besar.
Dalam beberapa hal, terdapat juga fenomena air pasang besar yang agak abnormal. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu di kawasan perairan Pantai Timur telah berlaku fenomena air pasang besar ini. Keadaan ini menyebabkan paras air meningkat secara mendadak malah berlaku ketika musim tengkujuh.
Paras air meningkat dan melimpah telah mengakibatkan banjir dan beberapa siri kemusnahan setempat. Paling terkesan akibat fenomena sebegini pastinya di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan laut.
Adakah fenomena air pasang surut mempengaruhi kaki pancing dan aktiviti memancing?
Bagi kaki pancing, keadaan pasang surut air pastinya antara perkara yang dititikberatkan terutama ketika merancang sesuatu trip mancing di laut. Pasang surut air serta musim sememangnya mempengaruhi spesies ikan di sesuatu kawasan.
Namun sebaik-baiknya soal keselamatan haruslah diutamakan ketika memancing. Baik di lautan atau di hutan, jika keadaan seperti berisiko untuk memancing, hentikan aktiviti memancing dan pulang atau cari tempat berlindung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...