Sesuatu yang positif dalam industri perikanan rekreasi kini sudah ramai di kalangan pemancing tanah air kita mulai sedar tentang kepentingan memelihara populasi

ikan (ikan natif atau ikan asal bukannya ikan alien atau ikan pendatang) yang semakin berkurangan di negara kita dengan mempraktikkan kaedah TANGKAP DAN LEPAS atau CATCH AND RELEASE (CnR)

 

Malangnya tidak semua dari kalangan kita memahami teknik berkenaan dengan cara yang betul.

Adakalanya melepaskan ikan kelihatan seperti agak mudah iaitu dengan menanggalkan mata kail terus dari mulut ikan dan terus dilepaskan ke dalam air lalu ia berenang dengan bebasnya.

Malah ikan juga tidak menunggu kita untuk dirinya dibebaskan, sebaliknya ia akan meronta-ronta dengan meliang liuk untuk membebaskan dirinya.

 

Kita sering beranggapan, pertarungan terutama ikan game fishing memberikan suatu cabaran dan keseronokan tak terhingga kepada kita, tetapi tidak sebenarnya kepada ikan.

Ia bertarung untuk terus hidup. Oleh kerana separuh dari nyawanya telah hilang di dalam pertarungan.

Jika ikan tersebut kita pilih untuk konsep tangkap dan lepas (kecuali untuk tangkap dan makan), kita sebenarnya tidak boleh melepaskannya ke dalam air begitu sahaja sebelum dirawat dan  dipulihkan terlebih dahulu.

IKLAN

 

Fahami konsep CnR yang sebetulnya – part 1!!

 

Sekira kita membebaskannya serta merta, ikan tersebut akan berenang lemah secara terbalik atau mengiring.

Kemungkinan besar ikan tersebut menunggu masa menemui ajal. Alangkah sayangnya, jika ikan itu adalah ikan layaran atau toman besar.

 

Jadi beberapa panduan di bawah dari pelbagai sumber rujukan sama ada internet atau telah diterjemahkan dari rujukan luar negara diharap dapat memberi manfaat serta boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada kita semua.

IKLAN

 

PEMILIHAN ALAT TANGKAPAN

 

Fahami konsep CnR yang sebetulnya – part 1!!

 

➡ Gunalah tali pancing yang telah diuji ketahanannya bagi membolehkan hasil tangkapan didaratkan dengan mudah dan dan dalam tempoh segera.

IKLAN

 

➡ Ikan yang dipancing dengan menggunakan fly atau lure lebih berpeluang tinggi untuk terus hidup berbanding penggunaan umpan hidup.

 

➡ Sesuaikan mata kail dengan saiz sesetengah spesies seperti ikan layaran, mata kail jenis circle hook perlu digunakan dan bukannya mata kail jenis biasa (J hook).

 

➡ Paling baik, patahkan duri pandan agar mata kail lebih mudah ditanggalkan dari mulut ikan (barbless).

 

➡ Sentiasa mendaratkan hasil tangkapan tanpa mengira saiz dengan menggunakan tangguk dan tangguk yang paling mesra ikan ialah tangguk berjaring tangsi atau plastik.

 

Fahami konsep CnR yang sebetulnya – part 1!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI