Sekiranya anda menyertai trip memancing laut dalam melebihi satu hari dengan konsep pancingan dasar, pastikan alatan dan aksesori berikut disemak sebelum berangkat. Naya kalau tertinggal.

 

Pil Mabuk Laut

 

Sebaiknya ubat mabuk perlulah dimakan sekurang-kurangnya ½ jam sebelum menaiki bot. Bekalan ubat mabuk juga mestilah dibawa sebagai bekalan. Ia perlu dimakan lagi selepas 4 jam jika mula berasa simptom awal mabuk laut.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

Bateri Bangla

 

Bagi kaki pancing yang menggunakan kekili elektrik, tanyakan dahulu sama ada bot tersebut tersedia bekalan elektrik untuk kegunaan kekili elektrik atau tidak. Jika tidak ada, silalah charge bateri anda secukupnya dan bawa bateri yang secukupnya untuk tempoh kegunaan trip anda.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

Pelbagai Umpan Segar

IKLAN

 

Jangan 100 peratus mengharapkan umpan akan diperolehi melalui cara apollo di kawasan unjam. Umpan segar seperti sotong dan udang pasar yang segar dan dibungkus kemas di dalam tong Coleman atau bekas polisterine mesti dibawa. Kadang-kadang ada di sesetengah spot, bukan mudah mendapatkan umpan apollo.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

Tanduk & Ranggong

 

Simple sahaja peralatan ini. Tetapi jika anda pemancing bottom dan tidak membawanya, boleh naik pening jugalah dibuatnya. Tali pula, jika putus atau sebaliknya, bolehlah guna tali yang dibawa.

 

Kerusi Malas

 

IKLAN

Walaupun ia nampak leceh untuk dibawa, sebenarnya ia amat bagus dibawa dan cukup-cukup selesa untuk anda duduk berehat sambil menghadap kekili anda. Percayalah, anda akan cukup jealous bila melihat kawan anda berehat di kerusi tersebut, sedangkan anda hanya duduk di atas tong ikan.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

Tali Perambut & Mata Kail

 

Kadang-kadang berlaku kejadian, kaki pancing salah bawa mata kail dan tali perambut, sama ada ‘terkurang saiz’ atau ‘terlebih saiz’ hingga tak padan dengan kaedah pancingan anda. Sebaiknya anda perlu tahu lapangan apakah yang ingin diduga.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

IKLAN

Batu Ladung

 

Batu ladung pelbagai saiz perlu dibawa. Tanyakan dahulu kepada tekong apakah saiz batu yang sesuai dibawa. Kebiasaannya, bagi kaki bottom, batu ladung disimpan dalam bekas khas. Sila periksa terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah dan sebelum menaiki bot, takut-takut ia tertinggal.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

 

Kamera / Handphone

 

Pastinya setiap hasil tangkapan anda, mesti diabadikan dalam bentuk gambar dan juga video. Milikilah sekurang-kurangnya kamera kompak atau terkini yang lebih praktikal adalah smartphone. Ingat, telefon kini bukan sekadar untuk berbual sebaliknya lebih daripada itu. Dan jangan lupa bawa power bank!

 

Wajib Ada Jaket Keselamatan

 

Semua bot ada jaket keselamatan berwarna oren, kerana pemilik bot wajib menyediakan. Tetapi, cuba anda cium dan lihat jaket keselamatan tersebut. Kalau masih baru baguslah untuk anda, tetapi jika sudah using dan lusuh, selamatkah ia digunakan sekiranya berlaku musibah? Jadi lebih baik anda bawa sendiri jaket keselamatan tersebut.

 

Equipment Penting Pancingan Bottom Laut

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI