DIY UMPAN: Umpan Rahsia Tongsan Sisik Halus

Share

 

Ada pemancing yang memanggilnya ikan kap, kap kepala besar, tongsan sisik dan juga tongsan loma. Yang panggil ikan busuk pun ada disebabkan bau dan lendirnya yang amat hanyir.

Namun semua pemancing bersetuju bahawa umpan yang paling popular untuk memancing spesies ini adalah dedak.

Apa saja dedak boleh digunakan tetapi belum dicampur dengan perisa atau bau-bauan yang kuat untuk menariknya datang menghampiri umpan.

 

Bahan-bahan:

 

500 gram dedak 6363

500 gram dedak 929

1 paket dedak Boom 286

Dedak hong

Pes pandan Original

Serbuk perisa pandan Original

Serbuk perisa vanilla Original

Air

 

LANGKAH 1

Masukkan dedak 929, dedak 6363 dan dedak 286 satu persatu ke dalam bekas bancuhan.

 

LANGKAH 2

Masukkan kira-kira 10 penutup pes pandan ke dalam bekas berasingan.

 

LANGKAH 3

Campurkan kira-kira 2 penutup serbuk perisa vanilla ke dalam pes pandan.

 

LANGKAH 4

Masukkan kira-kira 500 ml air dan kacau sehingga sekata.

 

LANGKAH 5

Jika inginkan adunan menjadi lebih liat, boleh masukkan segenggam dedak hong. Gaul campuran dedak sehingga sebati dengan dedak hong yang dimasukkan.

 

LANGKAH 6

Masukkan air campuran pes pandan dan serbuk vanilla sedikit demi sedikit ke dalam campuran dedak dan gaul rata.

 

LANGKAH 7

Tambah air jika adunan terlalu peroi kemudian biarkan 5 minit. Selepas itu masukkan serbuk perisa pandan 1 botol dan gaul sekata.

 

LANGKAH 8

Ambil spring yang telah siap untuk digunakan bagi teknik pelampung (jika ingin memainkan teknik dasar, cucuk mata kail dengan gabus).

 

LANGKAH 9

Kepal adunan dedak dengan sekuatnya pada spring. Umpan yang siap untuk dilontar bagi memikat tongsan sisik halus.

 

 

IKLAN