Susah Sangat Ke Buat Sarung Ketupat?

Share

 

Percaya atau tidak jika dikatakan pemancing memiliki daya kreativiti yang tinggi. Atas sebab itulah ramai pemancing mampu melakukan sarung ketupat.

Jadi, sebagai pemancing… korang kenalah belajar juga bagaimana nak buat sendiri sarung ketupat ni.

(kredit: Tajul Ariffin Norsadan)

 

Langkah 1

Buat gulungan pertama di tangan kiri seperti ini.

 

Langkah 2

Kemudian buat pula gulungan kedua di tangan kiri.

 

Langkah 3

Seterusnya buat pula gulungan ketiga juga di tangan kiri.

 

Langkah 4

Seterusnya ambil daun lain dan buat gulungan pertama pada tangan kanan.

 

Langkah 5

Kemudian buat pula gulungan kedua pada tangan kanan.

 

Langkah 6

Buat Gulungan ketiga tangan kanan.

 

Langkah 7

Perhatikan cara memegang daun dalam gambar ini. Ada perbezaan gulungan tangan kanan dan tangan kiri. Perbetulkan jika ada kesilapan.

 

Langkah 8

Gulungan tangan kiri sebagai dasar atau tapak. Masukkan gulungan ketiga tangan kanan ke gulungan ketiga tangan kiri.

 

Langkah 9

Anyam sampai ke hujung gulungan pertama tangan kiri.

 

Langkah 10

Lanjutkan anyaman gulungan kedua tangan kanan secara bertentangan dengan gulungan ketiga.

 

Langkah 11

Anyam gulungan pertama tangan kanan bertentangan gulungan kedua tangan kanan.

 

Langkah 12

Pastikan sarung ketupat yang anda hasilkan jadi seperti ini.

 

Langkah 13

Ambil hujung gulungan pertama tangan kanan.

 

Langkah 14

Anyam sehingga bertemu gulungan pertama tangan kiri.

 

Langkah 15

Proses anyaman yang betul akan jadi seperti ini.

 

Langkah 16

Pegang keseluruhan anyaman dengan tangan kanan. Lepaskan pegangan tangan kiri. Berhati-hati semasa membuat gerakan ini keranan anyaman masih mudah terlepas.

 

Langkah 17

Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri.

 

Langkah 18

Anyam sampai bertemu hujung gulungan tangan kanan.

 

Langkah 19

Ia akan jadi seperti ini. Semak hasil anyaman yang anda buat.

 

Langkah 20

Temukan kedua-dua hujung gulungan pertama.

 

Langkah 21

Tarik sedikit kedua dua hujung anyaman seperti ini.

 

Langkah 22

Ketatkan anyaman tersebut. Siap! Dah boleh masukkan beras dan rebus.

 

Video Diy sarung ketupat:

 

 

(jangan lupa subscribe youtube majalah umpan)

IKLAN