DIY: Perambut apung pancing todak (VIDEO)

Share

 

Bagi penggemar ikan todak ini, mereka memiliki beberapa teknik untuk menjeratnya.

Salah satu teknik yang sering dipraktikkan ialah teknik apung yang hanya menggunakan gabus sebagai pelampung. Teknik ini ternyata amat berkesan. Jom cuba!

 

Alat keperluan

 

Swivel

Leader fluorocarbon 30lb (3 – 5 depa bergantung kepada kedalaman air)

Gabus (polisterin kira-kira dua jari)

Mata kail saiz 1/0 – 3/0

Plaster luka

 

Cara penyediaan:

 

Langkah 1

Buatkan lubang pada gabus dengan menggunakan jarum dan masukkan tali ke dalam gabus tersebut.

 

 

Langkah 2

Tembuskan tali hingga menjadi begini.

 

Langkah 3

Kemudian masukkan tali yang ditembuskan keluar dari gabus itu ke cincin mata kail.

 

Langkah 4

Buat bulatan pada mata kail.

 

Langkah 5

Lakukan lilitan sebanyak 5 – 6 kali.

 

Langkah 6

Masukkan lebihan tali ke dalam bulatan yang dibuat awal tadi dan tarik hingga menjadi kemas.

 

Langkah 7

Potong lebihan tali tersebut. Dan inilah hasil untuk langkah yang pertama.

 

Langkah 8

Potong sebahagian kecil pembalut luka.

 

Langkah 9

Pembalut luka ini dililitkan pada tali yang menghubungkan antara mata kail dan gabus.

 

Langkah 10

Fungsi pembalut luka ini sebagai ‘stopper’ utk gabus agar ia tidak berada terlalu hampir dengan mata kail.

Kebiasaannya jarak ‘stopper’ gabus ini dengan mata kail adalah kira-kira sejengkal.

 

Langkah 11

Kemudian, buat ikatan swivel pada hujung tali.

 

Tip Tambahan:

Perambut tersebut sudah boleh digunakan untuk memancing todak. Sambungkan cara pada set pancing anda.

Kaedahnya sama sahaja sama ada anda memancing di tebing atau di atas kelong.

Umpan yang paling efektif adalah anak belanak sebesar ibu jari, anak tamban atau pun bilis.

 

(Video tutorial)

 

IKLAN