DIY: Cara-cara buat cengkerik sendiri!

Share

 

(Oleh: MK Fly Syindicate)

Rata-rata para pemancing juga gemar menggunakan cengkerik hidup untuk memancing ikan lampan, kaloi dan ikan-ikan sungai yang lain.

Umpan tiruan berupa cengkerik juga sangat efektif untuk menjerat spesies ikan sungai.

Patern ini bersifat terapung dan ikan pasti terpedaya kerana menyangka ialah seekor cengkerik yang terapung dan mati di atas permukaan air.

 

Bahan dan alatan

 

 

1- Vise

2- Black thread (benang Hitam)

3- Gunting

4- Bobbin holder

5- Whipe finishing

6- Marker pen brown

7- Mustad hook #saiz 8@10

8- Hackle (bulu kolar ayamhutan)

9- Pheasant tail (ekor burung pegar)

10- Goose biot (belahan bulu angsa )

11- Turkey biot (belahan bulu ayam turkey)

12- Paper foam (kertas busa @ span nipis)

13- Dubbing material brown (bulu-bulu yg di kisar menjadi halus dan hancur)

14- Peacok herl (bulu burung merak bahagian ekor)

 

Langkah 1

Ikatkan foam dari hujung sehingga ke bahagian lengkung hook.

 

Langkah 2

Letak sedikit dubbing material pada hujungbahagian belakang dan kemudian ambil 2 helai goose biot utk dijadikan ekor.

 

Langkah 3

Ambil 3 helai peacock herl dan ikat seperti dalam gambar.

 

Langkah 4

Gulungkan dubbing pada benang dan lilitkan sehingga ke bahagian depan.

 

Langkah 5

Ambil 3 helaian peacock herl tadi dan lilitkan juga sehingga ke depan.

 

Langkah 6

Tarik foam tadi ke depan dan ikat di bahagian depan (rujuk pada gambar).

 

Langkah 7

Ambil helaian turkey biot dan ikat silang utk dijadikan kaki dan buat sebanyak 2 helai.

 

Langkah 8

Letakkan turkey biot tadi di bahagian depan dan ikat dengan kemas.

 

Langkah 9

Warnakan foam tadi menggunakan marker pen berwarna coklat utk lebih realistik, anda boleh juga gunakan foam yang berwarna coklat jika ada.

 

Langkah 10

Ikat 2 helai hackle di bahagian depan untuk dijadikan kolar.

 

Langkah 11

Lilitkan hackle tadi di keliling bahagian kepala dan ikatkan sekali 2 helaian pheasant tail untuk dijadikan sesungut. Kemudian gulung sedikit dubbing untuk tutup bahagian lebihan di kepala.

 

Langkah 12

Ikatan terakhir perlu kemas, jika perlu, letakkan sedikit gam gajah untuk ikatan terakhir.

IKLAN