Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu. Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938. Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Ads
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg.
Ads
Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun. Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Kita sering dihidangkan dengan kehebatan ikan-ikan laut dalam. Namun ikan-ikan air tawar tidak kurang hebat dengan pelbagai fakta luar biasa. Sesekali apa kata kita tengok pulak kehebatan ikan-ikan air tawar yang bertebaran di seluruh dunia.
Chinese paddlefish
Ramai pakar ikan bimbang bahawa ikan masif yang hampir pupus ini mungkin sudah pupus. Tidak ada penampakan spesimen juvenil di alam liar sejak 1995, dan tidak ada penampakan sama sekali dari Chinese paddlefish di alam liar sejak tahun 2003.
Setelah empangan dibina di Sungai Yangtze pada 1980-an, habitat ikan raksasa ini telah berubah sehingga populasi tidak dapat bangkit kembali dari penangkapan ikan yang berlebihan. Moncong khas ikan ini, yang mengilhami orang China untuk merujuknya sebagai Chinese swordfish, dipanggil rostrum.
Rostrum menciptakan daya angkatan sementara ikan raksasa ini berenang, ia bertindak sebagai penstabil dan membolehkan ia menjaga kepalanya tetap stabil.
Bull Shark
Juga dikenal sebagai `Lake Nicaragua Shark’, ancaman bawah laut ini tidak hanya mampu hidup di lautan seperti yang anda jangka atau harapkan. Bull shark menjadikan estuari air tawar sebagai habitatnya, dan dicipta untuk menghabiskan waktu yang lama di kedua lingkungan.
Ia dianggap sebagai salah satu jerung yang paling berbahaya bagi manusia, kerana sifat agresif dan kecenderungan sering ke perairan cetek di mana mereka lebih berkemungkinan bertemu perenang. Tingkat agresif ini mungkin juga menjadi sebahagian dari namanya, dengan muncongnya yang tumpul dan penampilan kekar dibandingkan dengan jerung lainnya.
Kegemaran bull shark memasuki perairan cetek sebenarnya dapat dihubungkan dengan mata yang relatif kecil dan deria penglihatan yang buruk. Mangsa lebih banyak di persisirtan pantai, yang meningkatkan peluang jerung ini memburu.
Wels Catfish
Meskipun spesies keli monster ini berasal dari Eurasia, ia dianggap sebagai spesies invasif di banyak daerah berbeza di mana ia diperkenalkan sebagai ikan sukan. Ukurannya yang besar membuatkan ia mendapat nama jolokan `The Ebro Monster’, `The European Maneater’, dan `Man-Eater Catfish’. Disebalik gelaran ini, wels catfish bukan pemakan manusia.
Makanan ikan dewasa khususnya terdiri dari ikan dan belut lainnya, krustasea, dan bahkan tikus dan itik yang malang. Seperti beberapa spesies ikan besar lainnya, ikan keli memburu dengan metod menelan, menghisap mangsa dengan tiba-tiba membuka mulutnya untuk menciptakan daya sedutan yang kuat.
Pada kebiasaannya, proses pembiakan keli wels melibatkan sedikit kerja berpasukan. Ikan jantan menggali dasar pasir, biasanya berdekatan dengan struktur seperti akar pohon atau batu. Ikan betina kemudian mengisi sarang yang digali ikan jantan dengan ribuan telur, dan ikan jantan kemudian dengan rajin menjaganya sampai mereka menetas.
Belut Elektrik
Disebalik namanya, belut elektrik tidak kelihatan seperti belut, dan klasifikasinya lebih dekat dengan catfish dan ikan kap. Makhluk unik ini mendiami perairan keruh, mengintai peluang memburu ikan, amfibia, bahkan burung kecil dan mamalia.
Belut elektrik berburu dengan menggunakan 6000 sel elektriknya untuk dilepaskan dan menghasilkan sengatan elektrik yang membuatkan mangsanya pegun atau kejang. Kemampuan kejutan belut berfungsi sebagai mekanisma pertahanan juga.
Disebabkan kejutan elektrik oleh belut mencapai 600 volt, sebahagian besar makhluk membiarkannya sendirian! Kejutan elektrik dengan kekuatan ini cukup untuk menumbangkan seekor kuda.
Faktor yang sama membantu menyembunyikan belut elektrik dari musuh dan mangsa juga membuatkan haiwan lain yang hidup di dalam air sukar untuk bernafas.
Belut telah beradaptasi, dan muncul setiap beberapa minit untuk menghirup udara dari atas air. Mereka telah mengembangkan elektrolokasi untuk menebus penglihatan mereka yang buruk dan lingkungan yang berlumpur.
Ikan mandi abu atau kaci (Plectorhinchus flavomaculatus) adalah spesies yang mendengus (grunt). Ia berkait rapat dengan keluarga gerut-gerut dan snappers.
Keluarga ikan grunts ini memiliki mulut kecil dan gigi yang lebih kecil dan bibir berdaging tebal yang menjadi punca nama jolokannya sweetlips.
Mereka juga dapat menggertakkan gigi ketika tertangkap, mengeluarkan suara mendengus, dan kerana itulah ia mendapat nama grunt (mendengus).
Ikan kaci memilii warna kekelabuan ke coklat kekelabuan dengan garis-garis oren dan biru di kepala, bintik-bintik oren kecil pada bahagian atas tubuh, sirip dorsal dan sirip kaudal, dan margin bawah kehitaman pada sirip ekor.
Juvenil goldspotted sweetlips memiliki warna latar belakang coklat atau biru kekelabuan dengan garis-garis emas horizontal di seluruh tubuh. Seiring bertambahnya usia, garis-
garis pada tubuh berubah menjadi titik-titik. Garis-garis pada wajah terutama tetap pada tempatnya.
Ikan yang tampak menarik dan cantik ini mampu membesar sehingga 60 cm. Ia boleh ditemui di perairan dari kedalaman 1-25 meter. Spesimen juvenil boleh ditemui di muara dan perairan cetek.
Beberapa spesimen kadang-kadang mengembangkan suatu kondisi di mana kulit kelihatan menggelupas dan meninggalkan tompok coklat besar.
Ikan kaci dewasa lazimnya lebih gemar menyendiri dan umumnya mudah didekati. Mereka adalah ikan yang ingin tahu dan kadang-kadang akan datang dan memeriksa penyelam,
tetapi jika seseorang terlalu dekat mereka akan cepat berenang ke tempat persembunyian atau duduk di bawah karangan.
Spesimen remaja sulit ditangkap dan bersembunyi di celah-celah atau gua ketika didekati. Terkadang mereka terlihat berenang dengan spesies kaci lainnya.
Goldspotted sweetlips ditemukan di sepanjang Lautan India, Pasifik barat dan Indo Pasifik Barat. Spesies remaja sering terlihat di terumbu, biasanya dekat dengan bommie
karang dengan tempat persembunyian, yang dengan cepat mereka singgahi.
Spesimen dewasa terlihat tergantung di atas atau berdekatan karang pada siang hari, sendirian atau dalam kelompok kecil.
Goldspotted Sweetlips adalah spesies nokturnal yang aktif mencari makan pada waktu malam. Lazimnya mereka menjadikan ikan kecil, krustasea dan cecacing yang hidup di pasir sebagai makanan utama.
Sangat sedikit yang diketahui tentang status pembiakannya, tetapi mereka dinyatakan mengawan dan bertelur dan mensenyawakan telur ke dalam terumbu karang.
Ciri Fizikal: Warna merah cerah, terutama di bahagian bawah. Bahagian sirip dan ekornya merah kekuningan.
Diet: Kebanyakan sumber makanan adalah hidupan dasar termasuk anak ikan, ketam dan sebagainya.
Habitat: Dari muara berbatu hingga lautan. Tumpuan pada kawasan karang
Taburan: Laut Arab hingga ke Lautan Hindi. Selatan Jepun ke Utara Australia dan Papua New Guinea
Tempatan: Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan serta laluan (lubang) pantai Barat Semenanjung
Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau ‘snapper family’ menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi.
Ikan yang cukup sinonim apabila trip ke kawasan luar pantai yang memiliki dasar berkarang atau berstruktur dihuni hidupan mikro organik seperti span, ptotozoa dan krutesia kecil.
Paling ramai menggelarnya ikan merah sahaja termasuklah di Sabah. Sesetengahnya lebih popular di jadikan ikan masin dan kering kerana ia boleh disimpan lama serta mengelakkan ia busuk apabila kekurangan ais.
Bentuk Dan Ciri Fizikal
Bentuknya menyerupai ikan siakap merah cuma giginya tidak sehebat yang dimiliki MJ. Warna sisik lebih lebih gelap dari spesies merah jalang. Warna badannya tidak merah keseluruhan, lebih kekuningan di bahagian sirip dorsal, pelvik maupun ekor.
Ekor lebar tegak selari. Mata ikan ini hitam gelap sempena nama ia diambil dari kilauan mata hitam. Seperti merah lain warna pudar apabila mati atau berubah mengikut warna air sekeliling kawasan wilayahnya. Warna lebih terang dan menarik jika air setempat jernih dan sebaliknya.
Ia boleh membesar hingga 79cm panjang mencecah berat hingga 10 kg namun amat jarang untuk melihat saiz sebegini. Saiz yang biasa dipancing ialah anggaran berat 1 kg atau saiz lazim 40cm. Musim terbaik memancingnya ialah selepas waktu bertelur di antara Julai hingga September.
Merah mata hitam adalah sejenis merah ‘table size’ dan saya belum melihat merah ini lebih dari 5kg. Bukan mustahil jika ia membesar untuk saiz maksimun jika wilayah pembiakannya tidak diganggu kehadiran manusia.
Habitat Dan Sifat
Ikan merah mata hitam adalah sebahagian dari ikan marin dan berkarang. Ia mudah ditemui di dasar laut dipenuhi dengan terumbu karang, tetapi tidak mustahil baginya untuk meronda dan berkeliaran di luar hutan karang di dasar lautan.
Lazimnya kawasan dataran terpilih adalah jenis dasar berpasir, lumpur keras dan di antara celahan tompokan batu karang. Selain itu habitat buatan juga mudah dikunjungi oleh kumpulan ikan merah mata hitam untuk membiak dan memburu sumber makanan.
Habitat tiruan temasuklah kawasan unjam, tukun tayar, konkrit, bot serta tukun kapal karam yang ditinggalkan. Kini ikan ini banyak menghuni pada kedalaman air melebihi 100 kaki. Paling cantik kedalaman dasar sekitar 200 hingga 300 kaki dan pelung untuk mendapatkan kumpulan besar.
Seperti hidupan marin lain kumpulannya adalah terdiri dari satu kelompok induk membesar bersama dan tidak gemar berkongsi dengan saiz yang besar. Ini bertujuan mengelakkan spesies yang kecil dibuli dan sesetengahnya dimakan sesama sendiri atau spesies yang lebih besar. Ia adalah spesies karnibal.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...