Cara Terkini Pancing Jemuduk!!

Share

 

Walaupun fizikal mulut ikan jemuduk seperti spesies bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, jemuduk akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.

 

Respon jemuduk terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, jemuduk digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.

 

 

Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda jemuduk.

 

Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong. Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stickbait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.

 

 

Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemarannya. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.

 

IKLAN