Perumpun ini memiliki satu kelemahan iaitu tidak mampu kekal segar untuk tempoh yang agak panjang. Sedangkan jika sudah mati ia tidak lagi boleh dijadikan umpan kerana berbau busuk dan lembik. Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan rapi agar dapat digunakan ketika ia dalam keadaan hidup dan segar.

 

Sebaiknya jangan beli terlalu awal sebelum trip ke kelong. Sebaiknya belilah ketika dalam perjalanan ke kelong atau sehari sebelum kerana bimbang juga stok kehabisan kalau beli dalam perjalanan ke kelong.

 

Cara Terbaik Untuk Bagi Umpun-Umpun Tahan Lama!!

 

IKLAN

Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembaban badan umpun umpan serta membunuhnya.

 

Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembaban yang terdapat dari kulit umpun-umpun.

 

Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.

IKLAN

 

Cara Terbaik Untuk Bagi Umpun-Umpun Tahan Lama!!

 

Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.

IKLAN

 

Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

 

Cara Terbaik Untuk Bagi Umpun-Umpun Tahan Lama!!

 

Sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan. Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan. Untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI