Cara Terbaik Sambungan Perambut Dawai

Share

 

Sekiranya anda berhajat untuk memancing spesies ikan bergigi tajam seperti tenggiri, barracuda atau toman, maka penggunaan kabel atau perambut dawai adalah satu kemestian. Tutorial berikut merupakan kaedah paling mudah untuk mengikat mata kail dengan menggunakan perambut dawai atau kabel.

 

Tutorial 1

Masukkan mata kail (melalui cincin arah belakang) pada perambut dawai sepanjang 30cm atau sekaki.

 

 

Tutorial 2

Lilit kabel pada teras ke arah mata kail dengan bahagian hujung kabel.

 

 

Tutorial 3

Lakukan kira-kira lima hingga tujuh lilitan.

 

 

Tutorial 4

Masukkan hujung kabel ke cincin arah hadapan mata kail dan tarik.

 

 

Tutorial 5

Jika ingin menggunakan 2 mata kail, ulangi tutorial yang sama dari awal. Untuk menggunakan 3 mata kail pun boleh tetapi pastikan perambut kabel lebih panjang.

 

 

Tutorial 6

Untuk menyambut tali perambut pada kabel, lipatkan hujung kabel dan masukkan hujung perambut dari arah bawah.

 

 

Tutorial 7

Lilit kedua-dua kabel kira-kira 5-6 kali.

 

 

Tutorial 8

Lilit pula ke arah berlawanan 5-6 kali dan masuk hujung perambut ke arah atas simpulan kabel.

 

 

Tutorial 9

Tarik dengan kuat kabel dan perambut sehingga lilitan kemas perambut pada kabel terhasil.

 

 

Tutorial 10

Potong hujung perambut dan kabel yang berlebihan dan ia telah siap untuk digunakan.

 

IKLAN