Bayangkan… ketika sedang asyik meratah ikan kelah 5kg masak tempoyak, tiba-tiba tulang halus ikan tersangkut dalam kerongkong! Perghhh…. memang potong stim habis punya. Apa kalau korang nak buat kalau tercekik atau tersengkang tulang ikan ini?

 

Jangan korek guna jari!

Jangan sekali-kali anda mencuba mengeluarkan tulang yang tersangkut menggunakan tangan dengan cara memasukkannya ke dalam kerongkong. Ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah jika kerongkong luka dan menyebabkan jangkitan.

 

Batuk atau berdehem

Langkah pertama yang anda boleh cuba lakukan ialah dengan batuk atau berdehem. Dalam beberapa kes, batuk yang dilakukan dengan kuat dapat membantu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut pada kerongkong.

 

Cara Terbaik Mengatasi Tersengkang Tulang

 

IKLAN

Minum air garam

Jika dah penat batuk tak juga tulang ikan terlepas, anda boleh terus mencuba petua ini pula. Ambil segelas air suam yang dicampurkan secubit garam dan minum. InsyaAllah, jika tulang ikan kecil yang tersangkut, ia akan luruh dibawa air garam terus ke usus.

 

Telan nasi

Anda boleh juga cuba menelan sekepal nasi yang masih hangat tanpa dikunyah. Caranya ialah, ambil segenggam nasi dan kepal menjadi bebola kecil. Jangan besar sangat takut nanti tersedak pulak. Sebelum telan elok pastikan ada segelas air untuk membantu nasi ditolak masuk bersama tulang. Tapi kalau anda makan nasi bungkus, payahlah sikit nak buat cara ni.

 

Cara Terbaik Mengatasi Tersengkang Tulang

IKLAN

 

Telan marshmallow

Selain nasi, anda juga boleh menelan marshmallow sebagai alternatif. Kalau anda pemancing kolam pasti biasa dan simpan stok marshmello. Caranya, masukkan beberapa ketul marshmallow saiz sederhana ke dalam mulut, kemudian kunyah. Tapi jangan kunyah sampai halus. Kunyah sekadar ia boleh ditelan saja.

 

Marshmallow memiliki tekstur tebal dan kenyal, ketika terkena air liur ia berubah menjadi melekit. Dengan ini memungkinkan tulang ikan melekat pada marshmallow dan tertelan terus ke dalam perut.

 

IKLAN

Cara Terbaik Mengatasi Tersengkang Tulang

 

Minum minyak zaitun

Campurkan air suam dengan sedikit minyak zaitun, lalu minumlah.  Minyak zaitun dipercayai akan melicinkan kerongkong sekaligus menyerap ke ruang tulang ikan yang tersangkut sekaligus melonggarkannya dan terlucut. Jika tiada minyak zaiton, anda boleh juga minyak sayuran atau minyak masak lainnya.

 

Telan pisang

Kaedah yang sama seperti menelan nasi, tetapi janganlah ditelan terus sebiji pisang. Caranya, ambil pisang yang telah dibuang kulitnya, dipotong dengan ukuran sederhana dan masukkannya ke dalam mulut.

Jangan dikunyah! Kemam seketika biar ia meresap air liur, kemudian barulah telannya secara perlahan-lahan. Untuk elak tersedak, sediakan segelas air.

 

Cara Terbaik Mengatasi Tersengkang Tulang

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI