IKLAN

 

Menggunakan peralatan sederhana ringan dengan kekuatan tali 12lb-20lb cukup memadai dan seronok untuk dilayan. Namun ia banyak yang dipancing di negara kita dengan peralatan kelas menengah mahupun aksi berat. Ini berikutan kawasan lokasi biasa dikunjungi oleh kaki pancing laut dalam.

 

Jika dikaji, ikan berkelompok ini mendiami kawasan terbuka atau berstruktur sama ada kapal karam, unjam tengah laut, tiang mahupun kawasan yang dipenuhi anak ikan pelagik.

 

Sifatnya mendiami kawasan di bawah permukaan air hingga 300 kaki adalah sukar untuk ia menggunakan bantuan batu karang di dasar untuk memperdaya pemancing. Andainya jika laut terbuka maka lebih seronok bertarung dengannya menggunakan peralatan ringan.

 

 

IKLAN

Salah satu ciri utama yang perlu ada pada peralatan yang anda gunakan ialah kelancaran spool bagi membenarkan tali utama meluru keluar pada peringkat permulaan.

 

Ramai pemancing laut dalam tidak memperdulikan washer break pada spool menyebabkan setengahnya tidak beroperasi dengan lancar. Servis peralatan sebelum guna. Secara peribadi saya syor menggunakan kekili spinning kerana senang umpan dilontarkan ke sasaran.

 

Sebagai ikan pelagik, pepisang pasti memburu di permukaan dan pertengahan air. Cara terbaik ialah hanyutkan umpan tanpa pemberat atau dengan pemberat kecil sekadar menenggelamkan umpan di pertengahan air.

 

IKLAN

 

Disebabkan ia adalah spesies tidak bahaya atau bergigi tajam, usahlah gentar pakai tangsi mono sahaja sebagai perambut utama. Tali perambut tangsi biasa boleh digunakan dan disyorkan antara 40 lb-70lb. Tanpa perambut dawai kecuali alu-alu mahupun tenggiri turut sama berminat dengan lontaran umpan pemancing.

 

Mata kail perlu keras, kuat dan tajam untuk menusuk kukuh dalam mulutnya agar ia tidak terbuka apabila ikan ini meronta dengan kuat. Mata kail sesuai bersaiz 2/0 hingga 4/0, untuk memudahkan lebih sesuai guna ‘suiside hook’ kerana lekatan 95% berlaku pada bahagian bibir ikan sahaja. Jika hendak lepaskan kembali ia ke habitat asal kadar hidupnya lebih tinggi.

 

Pengamatan saya ikan pepisang bukanlah spesies culas dan bijak meninjau mangsa (cermat), ia bantai sahaja sama ada perambut tangsi atau dawai tanpa mengira jumlah mata kail yang terpacak pada umpan.

 

 

Umpan terbaik selain anak ikan hidup ialah sotong (hidup atau mati) dan ikan mati. Hirisan ikan kurang sesuai kerana ia gemar umpan seekor sesuai dengan teknik hanyut yang diamalkan.

 

Kini, teknik paling menyeronokkan melayan ikan ini adalah melalui teknik moden iaitu jigging. Dengan mengamalkan teknik jigging ringan (light jigging) anda akan memperoleh kepuasan yang sebenar.