Cara Mudah Membezakan Gegerut & Tebal Pipi

Share

 

Tergolong dalam keluarga ikan grunter maka tidak menghairankan ikan gerut-gerut atau gegerut memiliki banyak persamaan dengan ikan tebal pipi. Kedua-kedua ini merupakan antara spesies sasaran utama pancingan muara.

 

Walau bagaimana pun, jika diperhatikan dengan teliti anda dapat melihat perbezaan antara gegerut dan tebal pipi yang agak ketara.

 

 

Gegerut

 

Nama saintifik: Pomadasys kaakan / P. maculatus / P. argenteus

 

Nama umum: White-finned Javelin-Fish, Head Grunter, Smallspotted, Blotched, Saddle Grunter.

 

Nama tempatan: Kepala Batu, Gerut-gerut, Sebokok, Serkut, Ompak.

 

 

Profil gegerut

 

Ciri-ciri fizikalnya mempunyai bahagian kepala agak keras, sirip-sirip cembung, pada bahagian atas  berwarna silver/putih pada badan dan sirip.

 

Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.

 

Diet utamanya perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk. Habitat di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.

 

 

Taburan kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.

 

Tebal Pipi

 

Nama saintifik: Pomadasys auratus

 

Nama umum:   Yellow-finned Javelin-Fish, Jevalin Grunter

 

Nama tempatan: Tebal pipi, kepala besar, selukut, serkut, ompak.

 

 

Profil tebal pipi

 

Ciri-ciri fizikal tebal pipi adalah mempunyai dua tulang tebal pada bahagian pipi. Sirip pektoral berbentuk cembung dengan warna kekuningan pada bahagian sirip dorsal dan hujung ekor.

 

Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang.

 

Diet utamanya sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil dan perumpun.

 

 

Habitatnya di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter.

 

Taburannya kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.

IKLAN