Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ikan lampam yang popular. Selain lampam ekor merah (ikan asal), satu spesies lampam yang popular ialah lampam jawa (spesies import). Kedua-dua spesies ini datang daripada genus yang sama iaitu Barbonymus.
Perbezaan paling ketara bagi spesies ini terdapat pada nama umumnya. Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia atas tujuan akuakultur. Sementara lampam ekor merah pula merupakan ikan natif atau ikan tempatan.
lampam jawa
Jika spesies bagi lampam ekor merah Barbonymus schwanenfeldii, nama saintifik bagi lampam jawa ialah Barbonymus gonianotus. Jika lampam ekor merah dikenali sebagai tinfoil barb, lampam jawa pula dikenali dengan nama silver barb.
Taksonomi Lampam Jawa
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Ads
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Barbonymus
Species: Barbonymus gonianotus
Nama lain: Lampam, Lampam jawa, silver barb
lampam ekor merah
Nama silver barb sepadan dengan morfologi luaran bagi lampam jawa yang mempunyai warna perak hampir keseluruhan badannya. Lampam jawa mempunyai bentuk badan yang lebih mampat berbanding lampam ekor merah yang kelihatan lebih lebar.
Ads
Selain itu lampam jawa mampu membesar sehingga 45 cm panjang. Dalam kebanyakan kes, ikan lampam jawa bersaiz kasar (melebehi 1 kg) lebih mudah ditemui berbanding lampam ekor merah.
Barbel pada bahagian mulut lampam jawa lebih pendek berbanding lampam ekor merah. Selain itu, bentuk kepala lampam jawa lebih kecil dan runcing berbanding lampam ekor merah.
Sirip lampam jawa pula berwarna perak atau kelabu dengan terdapat kehadiran warna merah pada hujung siripnya. Ini berbeza dengan lampam ekor merah yang mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas.
Ads
TAKSONOMI LAMPAM EKOR MERAH
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Barbonymus
Species: Barbonymus schwanenfeldii
Nama lain: Lampam, Lampam sungai, Tinfoil barb
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dari aspek morfologi, gelama pisang mudah dikenali walaupun terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis gelama yang terdapat di perairan negara kita berpandukan kepada bentuk dan warna sisik yang halus terdapat pada badannya.
Saya kategorikan 2 dari 15 spesies gelama ialah gelama pisang berpandukan bentuk badan sama kecuali warna berlainan sedikit.
Jenis yang dibezakan untuk sepsies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta saiz badan.
Gelama pisang berwarna perak dikenali nama saintifik Panna cicrodon dan kuning keemasan dan cantik dikenali dengan nama Chrysochir Aureus.
Jika diperbandingkan kedua-dua ini hanya jelas berbeza dari segi warna sahaja, yang lain hampir sama kelibatnya.
Purata saiz kurang dari 25 cm dan manakala purata berat dari 5 hingga 10 ekor sekilogram.
Mat Saleh memanggilnya spesies ini sebagai Croaker kerana bunyi yang dikeluarkan seperti `krook’ berulang kali sebaik sahaja dinaikkan dari air.
Tidak semua spesies gelama mengeluarkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar di luar malah di dalam air.
Bunyi inilah yang dikesan oleh juruselam atau nelayan berpengalaman bagi menjalankan aktiviti menjaring.
Tidak semua gelama mengeluarkan bunyi yang jelas di dalam air. Gelama Pisang adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walapun bersaiz kecil.
Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengari walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini dibawah air.
Saiz Dan Habitat
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin (laut) tapi kebanyakan boleh ditemui dikawasan muara sungai.
Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut pada bahagian dasar untuk mencari makanan.
Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.
Ia juga di dapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan (gelama besar), selampai (spesies gelama besar seperti tirusan tetapi lebih kurus memanjang), gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim.
Ini berdasarkan andaian saya pada spesies yang turut sama di naikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama pisang.
Begitu pun kebanyakan pencarian saya untuk gelama pisang tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Kelang.
Warna sisik gelama pisang yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih. Warnanya kekal kuning keemasan dan keperakan.
Sisik gelama pisang sentiasa berkilau amat cantik di pandang. Saya jarang dapat gelama ini di kawasan cetek (lubuk yang boleh di pancing ketika air pasang sahaja).
Gelama pisang secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana . Ini berdasarkan pengamatan saya.
Jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan. Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang.
Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.
Ikan Semah dikenali sebagai ikan rasmi Negeri Sarawak, kerana pada asalnya perkataan ‘Semah’ adalah satu perkataan dari masyarakat Iban. Ikan ini dianggap sebagai ikan alternatif kepada ikan empurau kerana tidak ramai yang mampu membeli ataupun memakan ikan empurau kerana harganya yang mahal.
Jadi sebagai alternatif, Ikan Semah juga enak untuk dimakan. Walaupun rasanya tidak sehebat ikan empurau, setidak-tidaknya kita boleh merasa keenakan ikan yang berpotensi tinggi untuk di komersialkan ini.
Ikan Semah masih banyak terdapat di kawasan hulu sungai di Pedalaman Negeri Sarawak, terutamanya di kawasan hulu-hulu sungai yang deras seperti Sungai Katibas. Tor douronensis, juga dikenal sebagai Labeobarbus douronensis, adalah spesies ikan bersirip dari famili Cyprinidae dalam genus Tor.
Ikan sungai air tawar Asia ini dapat ditemukan di Thailand selatan, timur ke Vietnam dan selatan ke Indonesia. Spesies ini dikenali dari Chao Phraya dan sungai Mekong.
Ikan ini telah dikaitkan dengan Valenciennes, namun dalam catatan asalnya, beliau mendakwa bahawa ikan yang digambarkan “membentuk bahagian dari koleksi yang dibuat di Jawa oleh Kuhl dan Van Hesselt; mereka menamainya Dourr.”
Dalam beberapa tahun terakhir telah disarankan bahawa Tor douronensis berkongsi identiti dengan Tor tambra, mengikuti karya Tyson R. Roberts pada tahun 1999.
Sejak itu, pada tahun 2017, Ng Chee Kiat et al. telah menerbitkan sebuah artikel tentang keanekaragaman ikan negeri Sabah di Borneo Malaysia.
Mereka merujuk karya Roberts dan karya yang lebih baru oleh Maurice Kottelat untuk menyimpulkan bahwa Tor tambra adalah satu-satunya spesies mahseer yang ditemui di sungai-sungai di Indonesia dan Malaysia.
Seiring dengan banyak spesies mahseer di bahagian lain wilayah ini, wujud kekeliruan perihal perbezaan taksonomi dan genetik antara spesies.
Tor douronensis seperti yang dijelaskan dari Jawa memiliki panjang tubuh 4-5 kali tinggi badan maksimum, kepala pendek berukuran 1/5 dari panjang tubuh dan 21 skala garis lateral.
Di sebahagian besar tempat di mana penduduk setempat memahami ikan mereka sebagai Tor douronensis, ikan ini memiliki kepala yang lebih pendek dan tubuh yang lebih dalam daripada Tor tambra.
Ikan-ikan ini juga tampaknya memiliki misai panjang (barbel) yang luar biasa dibandingkan dengan mahseer lain di daerah tersebut.
Ada penelitian yang melihat genetik mahseer Indonesia (Tor tambra, Tor tambroides, dan Tor douronensis), tetapi dengan pengecualian kajian Walton tentang Tor tambra, tidak ada penelitian yang diketahui yang membuat perbandingan dengan spesimen yang dikumpulkan dari jenis tempatan.
Oleh kerana itu, spesimen yang dipelajari tidak dapat divalidasi sebagai nama spesies. Satu-satunya cara agar validitas Tor douronensis dapat dimajukan adalah dengan kajian bersama di wilayah sungai setempat.
Di Indonesia, ikan ini dikenali secara lokal sebagai kancra bodas atau ikan dewa. Jarang ditemukan di sungai dan kolam di Indonesia, terutama di Jawa, Sumatera dan Kalimantan.
Kerana kesukaran untuk ditemui, orang Sunda menganggapnya sebagai ikan suci. Ini dapat ditemukan di sungai dan kolam di sekitar Gunung Cereme, Jawa Barat, seperti Cibulan, Cigugur, Pasawahan, Linggajati, dan kolam suci Darmaloka.
Di Thailand, ikan ini dikenal sebagai pla pluang chomphu atau pla vien chomphu (pink mahseer, pink brook carp) dengan warna sisik dan sirip berwarna merah muda atau merah muda.
Pada 1981, spesies ini dalam status terancam punah. Kerana habitatnya dihancurkan dari empanganBang Lang, empangan baru yang dibangunkan.
Selanjutnya, spesimen dikumpulkan dari habitat liar untuk dikembang biak. Walaupun berhasil namun hasinya amat sedikit. Pada tahun 1999, Ratu Sirikit meneruskan usaha di empangan Bang Lang dan melepaskan ikan itu kembali ke alam semulajadi.
Pacu atau nama saintifiknya Colossoma macropomum merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai daya pecutan dan larian yang sangat deras dan kuat.
Pemecut deras ini cukup digemari di kalangan kaki pancing kerana keupayaannya larian derasnya yang mampu membuatkan kaki pancing mengeluarkan tenaga yang lebih untuk mengekangnya biarpun saiz yang biasa-biasa sahaja.
Di Malaysia, spesies ikan daripada keluarga Serrasalmidae ini bukanlah spesies natif di sini, namun hari ini, pacu boleh dipancing di merata-rata tempat.
Spesies dari susur galur piranha ini gemar memakan umpan dan melakukan pecutan deras secara tiba-tiba hinggakan membuat kaki pancing yang tidak bersedia akan terpinga-
pinga, lebih-lebih lagi andai hanya mampu melihat set pancing sendiri membuat terjunan tiruk ke dalam air.
Jarang sekali kedengaran spesies pacu dijadikan juadah yang enak di kalangan pemancing Malaysia, namun spesies yang berasal dari Amazon ini kerap dijadikan spesies target dek kerana kekuatan pecutannya.
Tanyalah mana-mana kaki pancing, pecutan menakjubkan si peragut akuatik ini pastinya menjadi sebab utama untuk pemancing menghulur umpan untuk diratah oleh spesies rakus ini.
TABURAN SPESIES
Spesies pacu boleh ditemui di kawasan natif mereka iaitu di Amerika Selatan. Spesies yang lebih dikenali dengan nama tambaqui di sana boleh ditemui dihampir kebanyakan
Lembah Amazon dan Lembah Orinoco. Kedua-dua lembah atau lembangan ini merangkumi negara seperti Colombia, Brazil, Peru dan Bolivia.
Begitu pun, hari ini spesies ini boleh ditemui di beberapa buah benua lain dengan status ikan alien yang mana spesies ini dibawa masuk dan diperkenalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja di kawasan perairan lain terutama di negara Asia dan Asia Tenggara.
MORFOLOGI
Bagi morfologi spesies pacu, bentuk am spesies ini hampir menyerupai spesies ikan piranha malahan kadangkala sering kali disalah anggap sebagai spesies karnivor itu.
Bagi seekor ikan pacu, kebanyakannya lebih tinggi jika diukur badannya berbanding piranha selain mempunyai badan yang lebih menipis dan mampat secara lateralnya.
Bahagian matanya pula agak besar selain mempunyai bentuk yang sedikit melengkung sudutnya di bahagian belakang berbanding piranha.
Warna badannya pula biasanya berwarna kelabu hingga hitam bermula daripada bahagian atasnya dan beransur pudar apabila menghampiri kawasan bawah perut dan kepalanya menjadi warna putih atau merah.
Spesies ini juga mempunyai sirip adipos dan kesemua sirip berwarna hitam selain sirip pektoral yang agak kecil.
Selain itu, antara ciri-ciri utama seekor pacu yang sering kali diperkatakan oleh pemancing ialah bahagian giginya.
Pacu mempunyai set gigi yang agak unik berlainan daripada ikan lain. Set gigi pacu agak besar dan lebih menyerupai set gigi geraham milik manusia.
Gigi ini menjadi ancaman utama untuk memutuskan perambut lantas mengecewakan ramai pemancing.
Spesies pacu mempunyai daging yang padat dan hanya 10% daripadanya merupakan lemak.
Saiz normal ikan ini mampu mencapai panjang sehingga 1 meter dan berat 20 kg, tetapi dalam persekitaran tertentu mampu mencapai berat hingga 40 kg.
Rekod tangkapan pacu menggunakan pancing yang diiktiraf IGFA pula dipegang oleh Jorge Masullo de Aguiar dari Brazil dengan tangkapan seberat 32.4kg.
HABITAT DAN EKOLOGI
Bagi C. macropomum, secara biologi spesies ini lebih gemar bergerak secara solo. Habitat utama bagi pacu ialah alur sungai utama, kawasan tadahan banjir, empangan serta kawasan tasik.
Jika musim banjir, spesies ini akan bergerak ke kawasan yang mempunyai tumbuhan terutama bagi juvenil kerana kawasan ini lebih selamat daripada pemangsa serta mempunyai sumber makanan yang banyak.
Jadi, spesies ini cenderung untuk memilih kawasan habitat yang tak terlalu dalam, berarus perlahan dengan banyak tumbuhan akutatik di sekitarnya.
Pacu merupakan spesies ikan air tawar dan tidak toleran kepada saliniti yang tinggi. Saliniti melebihi 10ppt akan mengakibatkan ketidakseimbangan parameter hematologi seperti kadar pertukaran makanan, berat dan kadar tumbesaran.
Jika terdedah kepada salitini lebih 10ppt, kemungkinan besar spesies ini akan mati.
Begitu pun, pacu mempunyai kadar survival air tawar yang agak kuat selain mempunyai daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.
Jika dalam persekitaran air yang mempunyai oksigen terlarut yang rendah, pacu mampu mengambil udara secara terus di permukaan.
DIET
Pacu merupakan spesies ikan maserba yang memakan apa sahaja. Namun, dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik yang mereput atau mati sebagai diet utama.
Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.
KEPENTINGAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
Di dalam sektor akuakultur, pacu atau tambaqui ini merupakan spesies yang agak penting di beberapa buah negara kerana keupayaannya hidup dalam persekitaran air yang rendah kualitinya selain daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.
Spesis ini diternak secara komersil untuk dipasarkan secara sejuk beku atau segar. Antara negara yang mempunyai kepentingan ekonomi bagi spesies ini ialah Brazil dan Thailand.
TAKSONOMI
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Characiformes
Family : Serrasalmidae
Genus : Colossoma (C. H. Eigenmann & C. H. Kennedy, 1903)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...