Cara Menyusun Bebanan Dalam Beg Galas (Backpack)!!

Share

 

Pastikan tiada benda tajam di dalam beg yang tertonjol keluar, terutama di bahagian belakang beg. Ini memberi kesan pada tulang belakang anda. Kalau benda berat tu keras pastikan diletakkan apa-apa sahaja barang lembut yang bertindak sebagai pengalas / pelapik di antara beg dengan benda berat tadi.

 

 

Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya.

Elakkan meletak barang anda tergantung di luar beg. Ini memastikan ia tidak tersangkut pada ranting-ranting dan duri pokok.

 

Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh disimpan di luar beg, pastikan ia tidak berayun ketika anda berjalan kerana ia boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan.

 

Gunakan alas beg (rain cover) untuk memastikan beg anda tidak basah ketika hujan. Sekiranya hujan lebat, letakkan plastik hitam di bawah rain cover untuk mengelakkan beg basah dan menjadi berat.

 

Lindungi barang di dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik. Juga bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering.

 

Buat sistem penyusunan sendiri, bagi memudahkan anda mengingati barang yang anda bawa. Jika kecemasan ia boleh memudahkan anda mengeluarkan barang yang diperlukan. Susun secara tertib.

 

 

Barang berat rapatkan dengan belakang (dekat dengan frame backpack). Ini adalah supaya posture kita akan lagi natural.

 

Kalau berat ke bahagian belakang beg, centre of gravity akan berubah, kita berdiri pun tak selesa, dan badan kita kena adapt dengan posture baru (bongkok ke depan).

 

Barang berat diletakkan sama ada di bahagian atas atau di bahagian tengah. Kalau barang berat diletakkan di atas, maka beg akan kurang stabil; mudah gerak-gerak sebab centre of gravity dah berubah, lebih kepada bahagian atas badan. Cara packing ini sesuai untuk terrain yang rata.

 

Barang berat yang paling sesuai diletakkan di bahagian tengah kerana centre of gravity tak berubah banyak sangat. Beg stabil kerana berat berada pada bahagian badan yang paling berat (kawasan torso). Sesuai untuk terrain yang tidak rata.

 

IKLAN