BUAH PERAH SEMEMANGNYA TELAH TERBUKTI MENJADI DIET PEMAKANAN IKAN SAMA ADA YANG MENTAH ATAUPUN TELAH DIPROSES.

NAMUN TIDAK RAMAI YANG TAHU BAGAIMANA PROSES MENJADIKAN BUAH PERAH INI DALAM BENTUK SOS.

DENGAN PENDEDAHAN EKSKLUSIF INI, DAPATLAH PARA PEMANCING MENGHASILKAN SENDIRI SOS UMPAN BUAH PERAH.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

• 1 kg buah perah (telah dijemur) dikupas kulit.

• 1 liter air kelapa tuan bertumbong.

• Tumbong kelapa.

• Sepaket tempe.

• 1 kotak kecil santan.

• 1 tin susu cair.

• Seketul ragi.

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan

 

LANGKAH 1

Masukkan sebahagian buah perah ke dalam bekas pengisar (tak perlu masukkan kesemuanya kerana proses ini boleh diulang).

IKLAN

 

LANGKAH 2

Masukkan air kelapa dengan sukatan yang sesuai untuk kisaran sempurna.

 

LANGKAH 3

Potong sebahagian daripada tempe dan masukkan ke dalam bekas pengisar.

 

Cara Menghasilkan Umpan Buah Perah ©

 

LANGKAH 4

Masukkan pula sebahagian daripada santan kotak.

 

IKLAN

LANGKAH 5

Kemudian masukkan pula sebahagian daripada susu cair.

 

LANGKAH 6

Potong tumbong kelapa kecil-kecil ke dalam bekas pengisar.

 

Cara Menghasilkan Umpan Buah Perah ©

 

LANGKAH 7

Kisarkan bahan yang telah dicampurkan tadi sehingga lumat.

 

IKLAN

LANGKAH 8

Masukkan campuran bahan yang dikisar ke dalam tong atau bekas kosong.

 

LANGKAH 9

Setelah kesemua bahan telah diulang proses mengisar sehingga habis, potong setengah sahaja ragi.

 

Cara Menghasilkan Umpan Buah Perah ©

 

LANGKAH 10

Hancurkan ragi tersebut dan taburkan ke dalam sos yang dihasilkan.

 

LANGKAH 11

Kacau adunan atau sos dengan sekata. Boleh juga jika ingin dikisar sekali lagi.

 

LANGKAH 12

Masukkan sos ke dalam botol dengan 3/4 botol sahaja. Dan peram beberapa hari sebelum digunakan.

 

Cara Menghasilkan Umpan Buah Perah ©

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI