Cara Mengetahui Jantina Udang Ketika Strike

Share

 

Boleh dikatakan setiap kategori udang galah mempunyai gaya dan lentik menghenjut pertarungan tersendiri. Jika bersaiz galah atau jenggo, ia kurang melawan pada peringkat mula terangkat dari dasar tetapi pasti menunjukkan belangnya dengan menghenjut joran dengan kuat sebaik sahaja muncul di permukaan.

 

Apabila ia semakin menampakkan sepit biru di permukaan, saat inilah detik paling gemuruh buat kaki pancing udang galah. Dikatakan, pemancing yang kurang pengalaman akan kehilangan hasil, udang mudah terlucut dari mata kail.

 

 

Untuk udang jantan muda, ia akan melawan secara konsisten dan berterusan manakala daya juangnya boleh tahan berpadanan dengan peralatan yang digunakan. Bagi udang bertelur ia hanya kuat melawan di peringkat permulaan sahaja.

 

Manakala udang kecil sering menggegarkan hujung joran bertalu-talu setiap ia cuba mengeluarkan umpan dari mata kail. Untuk itu, kekili kecil yang digunakan juga perlu dilaraskan sistem seretan (drag) supaya ia dapat menampung beban mengejut yang dikenakan seperti henjutan udang secara tiba-tiba.

 

 

Walaupun udang saiznya kecil tetapi teknik dan peralatan termasuk mata kail sesuai perlu dipadankan dengan kombinasi sesuai agar kepuasan serta kegagalan menjinakkan udang dapat dihindari.

 

Paling menarik ialah tahap kesabaran menaikkan udang yang berada di mata pancing adalah tinggi berbanding spesies lain. Pemancing perlu banyak berlembut dan sabar setiap kali udang menghenjut pancing.

 

IKLAN