Cara Mengatasi Pening Kepala Ketika Memancing Di Laut!!

Share

 

Gejala awal mabuk laut biasanya boleh diperbaiki dengan cara atau teknik seperti menetapkan pandangan mata ke arah objek pegun seperti langit atau pulau-pulau yang berdekatan.

 

 

Anda juga boleh mengaktifkan diri dengan mendengar muzik. Sebaik-baiknya biarlah muzik yang menghiburkan, menenangkan diri dan bukannya yang menambahkan stress seperti lagu-lagu metal yang menyemakkan kepala.

 

Duduk atau berehat seketika di tempat yang paling stabil di atas bot. Carilah tempat di tengah-tengah kapal bot atau tempat yang paling kurang bergolek.

 

Dapatkan udara segar. Sekiranya berada di dalam kabin bot maka keluarlah mencari udara. Buka penutup muka dan topi agar badan lebih terdedah kepada udara. Jika perlu atau minta tekong lebih kerap menggerakkan bot.

 

 

Alih tumpuan fikiran. Ia memang agak sukar tetapi jika anda boleh memberikan tumpuan kepada pernafasan atau melakukan aktiviti mental seperti mengira secara terbalik, anda mungkin boleh mengalihkan rasa tidak selesa tersebut.

 

Kekal tenang atau menghisap sesuatu yang bersifat masam-masam manis. Setidak-tidaknya ia dapat menghilang rasa loya. Jangan pula menghisap rokok kerana asap rokok akan menyebabkan anda semakin cepat untuk mabuk.

 

Minum minuman yang berkarbonat (bergas) dan sejuk. Ia pasti dapat menyegarkan dan mampu melancarkan angin yang seperti tersumbat di dalam badan. Kemudian cuba untuk mengeluarkan angin dari badan.

 

 

Elakkan dari memakan makanan yang berat. Makanan yang berat akan menyebabkan anda semakin cepat mabuk dan muntah. Sebaiknya hanya minum air mineral.

IKLAN