Cara Ikat Mata Kail Guna Perambut Dawai

Share

 

Syarat wajib jika ingin memancing toman dengan teknik pancingan dasar, menggunakan umpan keli atau sebagainya ialah menggunakan perambut dawai atau kabel. Memandangkan ia menggunakan kabel dawai yang sukar untuk disimpul maka satu jenis ikatan khusus perlu dilakukan bagi menghubungkannya dengan mata kail.

 

(kami menggunakan kevlar sebagai ganti kabel/dawai untuk sesi fotografi)

 

Bahan Keperluan:

 

 

Nylon coated stainless steel wire (30lb)

O’shaughnessy hook

Wire cutter plier

 

Tutorial 1

Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.

 

 

Tutorial 2

Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.

 

 

Tutorial 3

Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.

 

 

Tutorial 4

Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.

 

 

Tutorial 5

Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.

 

 

Tutorial 6

Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.

 

 

Tutorial 7

Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.

Nylon coated yang dibakar mampu menjadi gam yang baik. Seterusnya buatlah simpulan mati pada hujung kabel bagi memudahkannya disambung pada snap swivel dan tali utama.

 

IKLAN