Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak, terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini.
Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar. Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu. Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain.
Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tentakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju. Disebabkan semua tentakelnya hampir sama panjang… setiap tentakel berpotensi untuk terkena mata candat. Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.
Sotong katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.
IKLAN
Tip Tambahan
Warna candat yang digunakan tidak kisah. Penggunaan candat hijau dan merah, saiz candat udang 2.0 dan 2.5 di kawasan pantai berjaya memikat sotong-sotong ini.
IKLAN
Candat udang perlu ditarik secara perlahan atau kejutan lembut (slow jerking).
Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh… tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.
Lokasi memainkan candat hampir dengan dasar.
IKLAN
Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi.
Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.
Ikan-ikan pelagik seperti tamban, selar, selayang memang sinonim sebagai umpan di kalangan kaki pancing. Ia diguna secara meluas sama ada pancingan di pesisir pantai atau di laut dalam. Namun beberapa spesies ikan kecil lain yang dipancing juga boleh dijadikan umpan yang mujarab.
Spesies ikan demersal (ikan dasar) yang dipancing boleh dibuat umpan ialah ikan gelama dan bebolos. Dua spesies ikan ini sangat sesuai dan popular untuk dijadikan umpan pari dan senangin bagi pancingan pesisir pantai.
Caranya, ikan ini boleh digunakan seekor ataupun boleh menggunakan hirisan isinya yang dicangkuk pada mata kail. Saya sendiri pernah menggunakan umpan hirisan ikan belanak dan ia amat efektif dan lambat habis sekiranya digetu ikan kecil, kerana isinya yang agak liat.
Selain itu ikan-ikan bersaiz besar seperti tongkol atau ikan parang juga boleh dijadikan umpan. Ia boleh digunakan secara seekor atau dijadikan hirisan. Apa yang penting kesemua ikan ini haruslah dalam keadaan segar jika ingin dijadikan umpan.
Dalam kuantiti yang TINGGI, methylmercury boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf manusia.
Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi.
Ikan yang telah dikenal pasti mengandungi kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti berikut:
Tilefish Ikan Pedang (Swordfish) Ikan Jerung King Mackeral
Ikan ini hanya boleh dimakan beberapa apa kali setiap bulan dan perlu dielakkan untuk ibu hamil, menyusu badan dan kanak kanak.
Atau lebih senang lagi, tidak perlulah mengambil ikan-ikan ini sebagai menu. Banyak lagi spesies ikan yang mengandungi zat nak nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh dan ia dapat diperoleh dengan mudah di perairan negara kita.
Pantau sempadan kawasan yang selamat untuk duduk, beraksi dan mendaratkan tangkapan. Ia amat penting terutamanya memancing di tebing tinggi agar tidak terjatuh atau tanah lembik agar tidak terjerlus hingga tenggelam anggota badan.
Kawasan aman
Pastikan juga port pilihan itu selamat dari sebarang ancaman yang tak terduga seperti serangan binatang berbisa. Elakkan dari berada di port yang terdapat sarang tebuan atau ular. Jadi, sebaiknya pilih kawasan yang agak lapang.
Kenali jenis ikan
Mengenali jenis ikan bukan saja penting bagi membolehkan anda menggunakan umpan yang tepat tetapi juga anda membawa pulang jenis ikan betul. Manalah tahu kalau-kalau emak atau isteri anda memesan ikan sembilang untuk dibawa pulang tetapi ikan belukang pula yang anda tapau.
Cara pengendalian ikan
Setelah anda mengenali jenis ikan maka anda perlu tahu cara untuk memegang ikan khususnya ketika menanggalkan mata kail. Pengendalian yang silap, contohnya memegang ikan duri atau sembilang sebagaimana memegang ikan gelama pastinya mengundang padah terkena sengat.
Amaran pasang surut
Selain dari perlu mengetahui had kawasan untuk duduk menebing, anda juga perlu tahu had air pasang dan surut. Ia boleh boleh menimbulkan bencana sekiranya leka berada kawasan yang akan tenggelam ketika air pasang. Ada sesetengah jeti memancing akan tenggelam apabila fenomena air pasang besar berlaku.
Air minuman
Meskipun anda tidak bercadang untuk memancing dalam tempoh yang agak panjang, sebaiknya jangan lupa untuk membawa bekalan air minuman terutamanya air mineral. Selain dari mustahak untuk keperluan badan, air putih atau mineral ini boleh dijadikan bahan keperluan yang amat penting bagi sebarang kejadian yang tidak diingini.