Minyak berperisa ini boleh diperoleh di kedai-kedai pancing namun untuk kepuasan, apa kata korang buat sendiri. Nak buat pun tidaklah susah mana. Yang penting ia lebih menjimatkan dan boleh diguna untuk tempoh yang lama.
Bahan keperluan
1 paket minyak masak 1kg
500gm kerisik
250gm udang geragau
250gm gula melaka
Ads
Cara pembuatan
Ads
Sediakan satu bekas kosong. Masukkan 500gm kerisik, 250gm udang, 250gm gula melaka (sebaiknya gula melaka ditumbuk kasar terlebih dahulu) dan juga 1 paket minyak masak. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati.
Kisar kesemua bahan tadi dengan blender. Tidak perlu kisar kesemua bahan sekaligus. Tapi pastikan kesemua bahan dikisar sehingga menjadi betul-hetul halus.
Ads
Setelah semua bahan dikisar halus, sediakan satu periuk atau kuali untuk memasak kesemua bahan tadi. Sebaiknya masaklah dengan api perlahan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Gaul bahan sekali-sekala bagi mengelakkan ia berketul atau berkerak.
Setelah masak, biarkan minyak rohu ini menyejuk. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam botol atau balang kaca. Untuk tahan lama sebaiknya minyak rohu disimpan di dalam bekas kaca.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan dengan rekod berat 7 kg dan tidak memiliki daya pecutan renangan kuat hanya pada barisan gigi tajam dapat memutuskan pemancing menilai peralatan yang sesuai dijodohkan dengannya. Bagi saya malong boleh ditewaskan dengan set pancing muara 10lb hingga 30lb.
Malong hanya memiliki kekuatan pada gigi sahaja. Jika anda benar-benar inginkannya, menggunakan perambut dawai dapat mengurangkan masalah perambut putus. Tapi kebanyakan pemancing muara termasuk saya jarang menggunakan perambut dawai.
Untuk itu perambut tangsi masih boleh digunakan. Perambut 50lb atau 40lb yang dipintal 2 jenis yang biasa saya guna pakai ketika memancing di muara. Perambut saiz begini masih boleh menangani kerenah malong, tetapi tidak boleh dibiarkan ia terlalu lama menggelupur dan meronta di permukaan air. Jika tidak perambut akan mudah putus.
Bertarung dengan malong tidak sehebat ikan lain kerana selain menurut tali pemancing ia kadang kala mengundur. Cara perlawanan kurang menarik tetapi ia tetapi memberi rangsangan kepada pemancing. Saya biasanya membiarkan malong memutuskan perambut apabila tiba di permukaan jika tidak ingin dibawa pulang.
Ketika ini malong menjadi lebih agresif dan risiko tinggi jika cuba mengeluarkan mata kail saat ia cuba mempertahankan diri.
Malong adalah pemangsa dasar, buruan juga hanya di permukaan dasar dan jarang diketahui ia naik ke permukaan. Oleh itu cara terbaik memancing malong ialah pancing dasar di kawasan dataran landai serta berlumpur.
Ia mudah dipancing berumpan anak ikan atau hirisan ikan. Selain ikan, udang dan sotong turut dimamah malong sebagai dietnya.
Pastinya kita sering dengar mengenai produk dari pati ikan haruan, tetapi adakah kita tahu kebaikan dari ikan ini?
Umumnya ikan haruan diketahui akan fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin.
Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan. Khasiat pati atau produk berasaskan ikan haruan:-
Hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila mereka memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan (disapukan krim tersebut).
Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.
Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit.
Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.
Krim haruan boleh digunakan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi.
Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.
Ikan haruan juga telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya. Biasanya ibu selepas bersalin akan memakan lauk pauk berasaskan ikan haruan ataupun minyak ikan haruan.
Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.
Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.
Apa yang sebenarnya menggembirakan kaki pancing khususnya pemancing laut dalam. Adakah kerana hasil tangkapan? Tekong Power? Bot selesa? Ahli komplot? Atau suasana memancing?
Untuk menghasilkan trip memancing yang seronok, kesemua perkara tersebut harus memainkan peranan masing-masing.
TEKONG
Tekong boleh dinobatkan sebagai watak utama yang memainkan peranan penting jaya atau gagalnya sesuatu ekspedisi memancing.
Mereka adalah pengendali utama ke sasaran untuk pemancing menebus harga yang dibayar untuk permainan tarik tangsi.
Adalah menjadi hak pemancing (kecuali semasa pertandingan) memilih tekong yang terbaik untuk mereka. Tepuk dada tanya selera.
Perlukah tekong yang dipilih dipersalahkan jika trip itu gagal? Pastikan tekong sudah bersedia untuk membawa anda ke padang pancing, bukan masa itulah sibuk nak uruskan
bot, atau memberi laluan pemancing tersadai di jeti menunggu beberapa jam sebelum tekong memulakan perjalanan.
Ataupun alasan bot tidak dapat keluar kerana air surut. Tersadai di pangkalan sedangkan semua ini sudah diberitahu terlebih awal.
Lazimnya kebanyakan tekong adalah nelayan / bekas nelayan yang memiliki pengalaman di laut serta masak dengan perairan setempat.
Atas faktor ini hampir separuh darinya adalah veteran dengan istilah lain berumur atau otai. Atas faktor ini juga ramai yang segan untuk mengarahkan tekong berpindah jika hasil negatif, lebih-lebih lagi tekong sedang syok berdengkur di kabin bot.
Masih ramai tekong yang bagus di luar sana sedia menanti golongan pemancing yang inginkan khidmat mereka.
Tapi ada juga yang ‘menyimpan’ tekong untuk kegunaan sendiri dan tidak ingin berkongsi maklumat tekong dengan pemancing lain.
Begitu pun kelemahan ketara ialah kebanyakan bot tidak didaftarkan sebagai bot pelancong dan undang-undang sedia ada bot berkenaan tidak dibenarkan membawa penumpang / pemancing.
Yang pastinya ramai tekong bagus adalah nelayan sepenuh masa. Tekong yang biasa membawa golongan pemancing adalah terbaik kerana mereka sudah masak dengan pelbagai kerenah golongan pancing laut.
Tekong juga boleh dijadikan bahan rujukan atau ‘guru sementara’ di atas bot. Selain teknik memancing, jenis ikan, musim atau cuaca dan pergerakan air boleh dirujuk pada tekong.
Rumusan penting
VESEL / BOT PANCING
Bot berlesen adalah kurang berbanding bot tidak berlesen. Yang dimaksudkan bot tidak berlesen adalah bot didaftarkan sebagai bot nelayan bukan bot pelancong (membawa penumpang). Hanya ketika pertandingan sahaja bot nelayan dibenarkan membawa pemancing atas kerjasama pihak perikanan dan marin.
Jika di luar waktu tersebut undang-undang melarang bot nelayan membawa pemancing. Hairan juga kenapa tidak boleh sewa ketika bukan waktu pertandingan.
Hanya pihak berkuasa boleh menghuraikan fenomena ini tapi kita masih gemar menggunakan khidmat bot jenis ini kerana yakin dengan kemampuan tekong serta kosnya jauh lebih murah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...