Minyak gorgon? Minyak apa tu? Kalau dengar pun tak pernah sudah tentu cara nak menghasilkannya langsung tak terfikir.
Minyak gorgon adalah minyak penambah rasa dan bau bagi menguatkan umpan yang digunakan. Kiranya macam bahan perisa MSG la… penambah rasa dalam masakan.
Bertuahnya korang kerana pereka cipta minyak gorgon ini sudi berkongsi pembuatannya.
BAHAN – BAHAN YANG DI PERLUKAN :
SEBOTOL UMPAN PERAH 500ML
KELAPA PARUT 1 BIJI
MINYAK KELAPA 300ML
YIS SEGERA 1 PAKET
SEBOTOL ESEN PISANG
SEBOTOL ESEN PANDAN
SEBOTOL ESEN ROS
AIR NIRA KELAPA 200 ML
Cara-Cara Menghasilkan Minyak Gorgon
LANGKAH 1
Masukkan kelapa parut ke dalam bekas atau tong plastik bertutup. Kemudian curahkan sebotol sebotol umpan perah ke atas kelapa parut.
LANGKAH 2
Tuangkan pula 200 ml air nira kelapa asli.
Ads
LANGKAH 3
Masukkan minyak masak sebanyak 300 ml.
LANGKAH 4
Masukkan satu paket yis segera.
LANGKAH 5
Ads
Masukkan sebotol esen pisang.
LANGKAH 6
Masukkan pula esen pandan.
LANGKAH 7
Seterusnya masukkan pula sebotol esen ros.
LANGKAH 8
Ads
Setelah dimasukkan kesemua 7 bahan tersebut, ia perlu digaul sehingga sebati.
LANGKAH 9
Seterusnya adalah proses perapan. Setelah digaul sebati, tutup bekas dengan rapat dan jemur di tengah panas dan biarkan ia terperap selama 3 minggu. Tong dibiarkan terdedah berhujan dan berpanas.
LANGKAH 10
Setelah selesai proses perapan selama 3 minggu, buat pula proses pengasingan antara bahan dengan cara menapisnya dengan kain bagi mendapatkan cecair yang terdiri dari campuran air dan minyak
LANGKAH 11
Langkah terakhir adalah proses pengasingan minyak dan air. Proses mendapan perlu dilakukan sehinggalah minyak dan air berpisah. Kemudian ambillah minyaknya sahaja. Minyak inilah yang dinamakan minyak gorgon – minyak penguat umpan!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Biasanya saya gunakan gewang selaman sehingga 3 kaki supaya dapat mengetuk pintu rumah MJ. Ini telah terbukti keberkesanannya.
Perlulah diingatkan agar mata tiga asal gewang ditukarkan kepada jenis yang lebih kukuh kerana kudrat biasa MJ mampu meluruskan mata tiga.
Saya suka gunakan keluaran VMC yang setakat ini masih terbukti keutuhannya pada mulut ikan.
Jika khuatir mata tiga terkangkang, gunalah mata tunggal atau single hook, tambahan pula ia kalis sangkut ketika tarikan gewang beroperasi.
Penggunaan mata tunggal ini telah saya uji dan terbukti keberkesannya dalam memastikan MJ tidak terlucut, sedangkan kes rabut selalu terjadi jika menggunakan mata tiga.
Bagi mendapatkan MJ, apa yang paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu kawasan berstruktur yang ditenggelami air.
Itulah sebabnya saya lebih suka mengilat ketika air surut. Reba mudah dilihat dan memudahkan kita melontar gewang dengan lebih baik.
Dan yang paling penting, di kawasan inilah MJ bersembunyi, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik.
Ketika air pasang penuh pula, spot yang paling popular ialah tepian tebing sungai saja. Arus yang laju membawa MJ ke tepian sungai. Lebih-lebih lagi kebanyakan anak-anak ikan akan berada di tepi tebing pada waktu air pasang.
Ketika mengilat, rajin-rajinlah melihat kawasan sungai. Kenal pastilah kawasan-kawasan yang terdapatnya sambaran ke atas anak-anak ikan.
Spot ini adalah spot ketiga yang pasti untuk kita memerangkap MJ. Kebiasannya selepas menyambar anak-anak ikan, MJ masih lagi berada di kawasan tersebut.
Lontaran pertama gewang yang tepat kebiasaannya akan membawa naik seekor MJ bersaiz sederhana.
Spot di bawah jambatan pun jangan diketepikan, kawasan bertiang ini biasanya sangat berpotensi.
Waktu paling elok yang saya cadangkan untuk menjerat MJ ialah pada waktu air surut habis.
Logik saya berpegang pada waktu ini ialah kerana kebanyakan MJ dan juga kerapu yang saya peroleh tumpas pada waktu ini.
Kebanyakan MJ tidak akan pergi jauh pada waktu air surut. Jadi, bila ia tak ke mana-mana, mudahlah kita mendapatkannya.
Berlainan pula ketika air pasang penuh yang menyukarkan kita mengesan MJ. Kebanyakan MJ kurang diperoleh pada waktu air pasang penuh.
Satu sebab yang penting adalah kerana arus yang deras menyebabkan MJ akan berlindung di kawasan tepian sungai atau tebing.
Untuk memperoleh hasil yang memuaskan setiap kali memancing di kelong, rumah rakit atau rumah api, walaupun cuma sekadar memancing santai, banyak perkara yang perlu dipertimbang.
Biasanya 3 jenis peralatan memancing digunakan.
Joran aksi ringan untuk dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar dan sebagainya atau untuk memancing ikan kecil. Joran pancing aksi sederhana atau berat aksi berat untuk balingan jauh dan melayan ikan besar seperti gerong belang, barracuda, siakap, pari dan lain-lain.
Amboh atau koyan bagi dihulurkan kebawah tiang-tiang kelong untuk menjerat kerapu atau pari yang gemar bermain di tiang-tiang berteritip atau dasar.
UMPAN
Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembung atau selayang, roti untuk pancingan spesies tamok dan sebagainya.
Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).
KEADAAN PASANG SURUT AIR
Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan habis. Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.
MATA KAIL
Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing. Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.
PERAMBUT
Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan. Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus.
Perambut 2 mata kail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.
BATU LADUNG
Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air.
Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.
TALI UTAMA
Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki. Kerana jika spesies seperti tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.
IKATAN
Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan. Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas!
Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.
SABIKI @ APOLLO
Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box. Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.
KESELAMATAN
Sebagai peringatan bersama pastikan keselamatan diri semasa di atas rakit dan kelong. Kekili pula pula usah ketatkan drag biar release. Andai ikan besar yang menyambar umpan, boleh terbang joran dibuatnya.
Dah banyak kali juga di kelong atau rumah rakit para pemancing kehilangan joran gara-gara joran terbang ke laut akibat tidak mengikat joran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...