Cara Buat Umpan Lembik Berasaskan Air Kelapa

Share

 

Umpan yang teramat-amat simple lagi mudah untuk disediakan. Lagi mudah sekiranya kedai bakery atau alatan membuat kek berdekatan dengan rumah anda. Caranya, bawa peralatan untuk memancing kolam. Kemudian pergi ke bakery tu, belilah sebotol pes strawberi dan botol spray.

 

On the way ke kolam pancing, singgahlah mana-mana kedai runcit untuk dapatkan roti kentang atau lebih senang disebut roti potato di kalangan pemancing. Seterusnya singgah di mana-mana gerai yang menjual air kelapa muda dan mintalah sebijik kelapa yang manis airnya.

 

Hanya dengan bahan-bahan itu, anda sudah boleh menyediakan umpan untuk memancing di kolam, terutamanya untuk pancing ikan patin.

 

Bahan-Bahan:

Sebiji kelapa muda (air manis)

Pes strawberi

Roti kentang (dipotong dadu)

 

 

Cara Penyediaan:

 

Tutorial 1

Tuangkan 1 atau 2 penutup botol pes strawberi ke dalam secawan air kelapa.

 

Tutorial 2

Tuangkan campuran air kelapa dan pes strawberi ke dalam botol spray.

 

Tutorial 3

Semburkan ke atas roti sehingga basah dan sekata dan ia sudah boleh digunakan.

IKLAN