Cara Buat Perambut Y Untuk Patin

Share

 

Sekiranya anda pergi ke mana-mana kolam air tawar memancing ikan patin, perhatikan jenis perambut yang pemancing guna. Hampir 100% pemancing menggunakan perambut Y dua mata kail sepanjang 6 inci, kecuali kolam yang hanya membenarkan satu mata kail.

 

Perambut Y 2 mata kail mudah sahaja untuk dihasilkan tetapi untuk memastikan kedua-dua ikatan perambut sama panjang memerlukan sedikit panduan. Di sini kami menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk menghasilkannya.

 

Alatan keperluan:

 

Tali sulam 80lb sepanjang 1 kaki

Swivel

2 mata kail sama saiz

 

Cara Membuatnya:

 

Tutorial Satu

Lipat dua tali sulam (sama panjang) kemudian masukkan bahagian hujung yang berlipat ke dalam cincin swivel.

 

Tutorial Dua

Kembangkan (bulatkan) bahagian hujung yang berlipat setelah memasuki cincin swivel menjadi lingkaran dan ambil tali sulam yang belum memasuki cincin swivel ke dalam lingkaran.

 

Tutorial Tiga

Tarik kedua-dua bahagian tali sulam sehingga satu jerutan terhasil pada cincin swivel.

 

Tutorial Empat

Buatkan dua simpulan biasa dengan kedua-dua bahagian hujung tali sulam.

 

Tutorial Lima

Kemudian jerutkan dengan kuat supaya menjadi ikatan mati pada cincin swivel.

 

Tutorial Enam

Seterusnya buatkan satu ikatan dropper loop.

 

Tutorial Tujuh

Buatkan tanda (lipat atau patahkan tali sulam) yang sama panjang untuk mengikat mata kail.

 

Tutorial Lapan

Letakkan mata kail pada bahagian bertanda dan mulakan ikatan yang anda biasa gunakan.

 

Tutorial Sembilan

Mata kail yang telah siap diikat.

 

Tutorial Sepuluh

Ulangi proses yang sama pada tali sulam satu.

 

Tutorial Sebelas

Perambut Y 2 mata kail yang sama panjang telah pun siap.

 

IKLAN