Cara Buat Ikatan Spool Paling Efektif

Share

 

Menyambung atau mengikat tapi pancing pada spool kekili merupakan ikatan yang paling asas atau ikatan terawal yang perlu dilakukan sebelum ikatan-ikatan lain. Jangan dianggap ikatan spool ini soal remeh kerana dari ikatan asas inilah yang turut menjadi tunjang kejayaan memancing. Untuk menghasilkan ikatan ini tidaklah sukar dan ikatannya juga menggenggam kemas spool bagi memudahkan proses memasukkan tali.

 

Tutorial 1

 

Masukkan tali melingkari teras spool kekili kira-kira sejengkal atau lebih.

 

Tutorial 2

 

Tindankan hujung tali pada bahagian atas tali utama dan lingkarinya dari bawah.

 

Tutorial 3

 

Kemudian lingkar kembali hujung tali ke bawah tali utama yang dikeluarkan spool. Bukannya tali utama yang memasuki spool.

 

Tutorial 4

 

Buatkan satu lagi lilitan pada bahagian tali yang sama. Sekiranya menggunakan tali pancing yang berdiameter tinggi, memadai hanya dengan dua kali lilitan sahaja.

 

Tutorial 5

 

Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terbentuk awal tadi.

 

Tutorial 6

 

Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan simpulan tali sehingga ia menjadi satu jerutan.

 

Tutorial 7

 

Tarik bahagian tali utama sehingga simpulan atau jerutan tali merapati teras spool.

 

Tutorial 8

 

Tarik utama seketat yang mungkin sehingga jerutan tali mencengkam kemas pada teras spool. Kemudian barulah potong lebihan hujung tali serapat mungkin pada simpulan. Seterusnya bolehlah memasukkan tali ke dalam spool.

IKLAN