Cara Bancuh Umpan Minyak Serai

Share

 

Umpan minyak serai merupakan antara umpan bahan umpan terawal dalam penyediaan umpan tepung atau umpan minyak. Ramuan yang tersedia di dalam umpan minyak serai ini terbukti membuka selera ikan patin untuk membahamnya. Berikut merupakan tutorial menyediakan umpan tepung minyak serai dengan tepat.

 

Bahan keperluan:

 

250 ml minyak serai

1 liter minyak masak

100 perisa pandan

1 kg tepung gandum

 

 

Gaul sebati minyak serai dan perisa pandan hingga sebati. Kemudian biarkan campuran dalam tempoh minit agar ia betul-betul sebati.

 

Kemudian masukkan sebatian minyak serai dan perisa pandan ini di dalam bekas bertutup. Lagi bagus jika disimpan dalam balang atau botol kaca. Peram atau perap bahan ini sekurang-kurangnya 1 jam. Untuk hasil yang lebih padu sebaiknya diperam untuk tempoh 24 jam.

 

 

Selepas itu masukkan bahan ini ke dalam bekas bancuhan umpan dan campurkan pula 300 ml minyak masak ke dalam bahan ini. Gaul hingga bercampur sebati.

 

Masukkan 500gm tepung gandum ke dalam campuran minyak dan perisa pandan. Gaul hingga betul-betul sebati.

 

Kemudian masukkan lagi 500gm tepung gandum dan gaul hingga menjadi adunan sebati.

 

Pastikan adunan lembik tetapi masih boleh dikepal pada mata kail. Jika adunan agak keras campur lagi minyak masak.

 

 

Nota penting!

 

Pastikan adunan betul-betul lembik tetapi masih boleh dikepal pada mata kail. Ia sangat penting kerana adunan seperti ini barulah berkesan untuk disedut ikan di dasar kolam.

 

#umpantepung #minyakserai

IKLAN