Buat Sendiri Lidah Jig

Share

INGIN MENAMBAH AKSI JIG MIKRO YANG SEDIA ADA DI PASARAN DAN MAHUKAN SATU KELAINAN. APA KATA CUBA PASANGKAN LIDAH (LIP) PADA JIG MIKRO ANDA. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TIDAKLAH MENGHARAPKAN 100% PADA JIG MIKRO BERKENAAN, SEBALIKNYA DENGAN ADANYA LIDAH INI, ANDA MEMILIKI TAMBAHAN VARIASI KETIKA ANDA BERJIGGING.

SELAIN itu juga, jig mikro berlidah ini berperanan seperti gewang biasa tetapi pada masa yang sama ia mempunyai kelebihan boleh dilontar jauh ke spot yang dikehendaki. Kini aksi unjunan jig anda kini tidak lagi statik, tetapi anda ada teknik baru yang anda boleh mainkan. Selamat mencuba!

 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN:

  • Jig mikro (berbadan tebal)
  • Split ring plier
  • plastik keras
  • gergaji kecil
  • pengikir besi
  • pita pelekat kertas
  • Super glue

 

LANGKAH 1

Tanggalkan mata kail dan split ring dari jig mikro.

Lekatkan pita pelekat kertas pada tepi badan jig mikro (berkedudukan 45 darjah ). Pita pelekat sebagai garis paduan ketika gergaji badan jig mikro nanti.

 

LANGKAH 2

Tampalkan juga pita pelekat pada bahagian bawah dan tepi mikro jig.

Gergaji pada kedudukan 45 darjah dan gunakan pita pelekat sebagai panduan.

 

LANGKAH 3

Gergaji sehingga setengah dari badan jig mikro.

Gunakan pengikir besi untuk membesar kawasan yang digergaji.

 

LANGKAH 4

Bahagian gergaji yang sudah dibesarkan mengikut ketebalan plastik keras yang akan digunakan.

Letakkan pita pelekat sebagai penanda bahagian yang hendak digunakan dan panduan memotong.

 

LANGKAH 5

Gergaji plastik keras yang telah ditandakan dengan pita pelekat tadi.

Letakkan plastik keras tadi di bahagian tengah jig mikro. Letakkan pita pelekat sebagai penanda untuk memotong plastik keras.

 

LANGKAH 6

Lekat pita pelekat pada kedudukan senget.

Potong bahagian pita pelekat tadi (gunakan pisau, pembaris dan berhati-hati).

 

LANGKAH 7

Bentuk lidah yang telah siap dipotong dari plastik keras.

Lidah jig mikro yang sudah siap.

 

LANGKAH 8

Gunakan super glue untuk lekatkan lidah jig mikro atau anda boleh menggunakan apa saja pelekat yang kuat untuk mencantumnya.

Biarkan super glue kering.

 

IKLAN