Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 2)

Share

 

Ikan import atau ikan pendatang membawa maksud ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya. Ini termasuk ikan yang dibawa masuk dari luar negara. Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini berbahaya kepada ikan natif atau ikan asal. Betul ke ia hanya membawa keburukan semata-mata?

 

Mekong Giant Catfish

Nama lain : Mekong giant catfish, Pla Buk, Patin Mekong

Nama Saintifik : Pangasianodon gigas

Negara asal : Sungai Mekong, Thailand

Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan. Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur.

Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial. Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.

 

Catla

Nama lain: Gibelion catfish, Indian carp, catla, Karak

Nama saintifik: Catla catla

Negara Asal: India, Bangladesh, Pakistan, Nepal

Ikan catla atau juga dikenali sebagai karak adalah ikan air tawar Asia Selatan yang paling penting dari segi ekonomi di dalam keluarga Cyprinidae. Ia berasal dari sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan tetapi juga diperkenalkan di tempat lain di Asia Selatan dan dan biasanya diternak.

Ikan karak adalah ikan yang makan di permukaan dan pertengahan air. Catla mencapai kematangan usia purata 2 tahun dan purata berat 2 kg. Spesies yang terdapat di kebanyakan kolam air tawar malam ini tidak dapat dipastikan kesannya jika mencerobohi perairan kita.

 

Rohu

Nama lain : Ruee, Labeo, Rohu

Nama Saintifik : Labeo rohita

Negara asal : Asia; Pakistan, India, Bangladesh

Ikan rohu diperkenalkan di perairan negara kita sebagai sumber makanan. Bagi aktiviti pancingan sukan, ikan rohu juga diklasifikasikan sebagai antara ikan popular terutama di kolam-kolam dan lombong. Spesies ini dikatakan tidak mempunyai rekod yang menunjukkan ancaman yang tinggi kepada ekosistem, jadi kebanyakan kolam-kolam pancing berbayar menggunakan spesies ini sebagai antara spesies utama di kolam mereka. Ikan ini menjadi pilihan kerana ia mudah dibiakkan secara komersial.

 

Bighead Carp

Nama lain : Bighead carp, Kap kepala besar, Tongsan Sisik Halus

Nama Saintifik : Hypophthalmichthys nobilis

Negara asal : China

Ikan kap kepala besar ini merupakan spesies natif di China. Spesies ini diperkenalkan ialah bagi tujuan sektor akuakultur. Spesies ini juga diperkenalkan bagi kawalan biologi kerana kemampuannya mengawal pertumbuhan melampau fitoplankton.

Secara negatifnya pula, spesies ini berkeupayaan untuk menurunkan bilangan diversity natif atau asal akibat pengurangan zooplankton yang melampau lantas mengubah jaringan pemakanan sesuatu ekosistem. Selain itu, spesies ini juga berpotensi mengancam spesies tempatan kerana pembawaan dan penyebaran penyakit.

 

Tilapia

Nama lain: Tilapia

Nama Saintifik : Oreochromis mossambicus

Negara asal : Negara Afrika; Mozambique, Lesotho, Swaziland

Tilapia merupakan spesies popular dalam keluarga cichlidae. Spesies ini diperkenalkan bagi pembangunan sektor akuakultur dan sebagai sumber makanan penduduk. Bagaimanapun, spesies dari Afrika ini yang biasanya di kultur secara sangkar akan menurunkan kualiti air kawasan sekitar.

Tilapia yang terlepas ke sesuatu ekosistem pula mampu mengakibatkan pengubahsuaian ekosistem terutama kepada spesies cichlid tempatan serta komuniti bentik sesuatu habitat..

 

IKLAN