Pengetahuan cara pemanduan saja sebenarnya tidak cukup untuk mengendalikan masalah yang berlaku semasa enjin sangkut mengalami kerosakan.
Sekiranya ia dianggap remeh kemungkinan masalah yang lebih berat enjin bot sememangnya direka untuk kegunaan di perairan masin atau air tawar.
Ketahanannya telah diuji sebelum di pasarkan. Ia telah wujud sejak puluhan tahun yang lalu bermula daripada keluaran Eropah dan kini negara di sebelah Asia pun telah banyak mengeluarkan jenama jenamanya sendiri.
Salah satunya ialah tangki minyak dan getah serta pam yang menyalurkan minyak dari tangki kepada kaburator. Ia satu elemen penting dalam memastikan penyimpanan petrol untuk mengharungi perjalanan yang jauh.
IKLAN
Penyaluran petrol ke tangki melalui salur getah harus selalu diperiksa dan ditukar sekiranya telah merekah. Ia boleh menjadi punca kepada enjin sangkut untuk tidak berfungsi dengan baik atau semput.
Sekiranya terdapat kebocoran pada salur getah walaupun sehalus lubang jarum, ia akan memberi impak kepada enjin dan penyaluran minyak kepada kaburator menjadi tidak sempurna dan menyebabkan enjin tersenguk- senguk dan perlu di pam.
IKLAN
Pam petrol yang menyalurkan naik minyak ke kaburator juga perlu dalam keadaan baik. Ia selalu dipandang remeh oleh pemilik enjin kerana mungkin dianggap tidak berapa penting asalkan minyak boleh di pam sudah cukup untuk menghidupkan enjin.
Bagi pemancing yang menyewa enjin untuk memancing dan kurang mahir dalam penyaluran pemasangan getah minyak, tanda anak panah arah minyak perlu di hala mengikut salur getah minyak.
IKLAN
Anak panah menunjukkan ke atas adalah untuk salur ke kaburator dan sekiranya ia dipasang terbalik maka minyak tidak akan disalurkan kerana ia menggunakan sistem masuk dan keluar satu hala.
Sila pastikan penutup gas pada penutup tangki dibuka semasa bot sedang berjalan. Tangki perlukan oksigen untuk memberi laluan kepada minyak untuk menyalurkan terus ke kaburator.
Starter manual jarang bermasalah tetapi musibah yang berlaku akan terjadi tanpa kita duga. Berikut cara-cara membaiki manual starter yang rosak atau spring tolakan yang patah akibat dari spring yang berkarat atau telah lama
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Gejala awal mabuk laut biasanya boleh diperbaiki dengan cara atau teknik seperti menetapkan pandangan mata ke arah objek pegun seperti langit atau pulau-pulau yang berdekatan.
Kaedah 2
Anda juga boleh mengaktifkan diri dengan mendengar muzik. Sebaik-baiknya biarlah muzik yang menghiburkan, menenangkan diri dan bukannya yang menambahkan stress seperti lagu-lagu metal yang menyemakkan kepala.
Kaedah 3
Duduk atau berehat seketika di tempat yang paling stabil di atas bot. Carilah tempat di tengah-tengah kapal bot atau tempat yang paling kurang bergolek.
Kaedah 4
Dapatkan udara segar. Sekiranya berada di dalam kabin bot maka keluarlah mencari udara. Buka penutup muka dan topi agar badan lebih terdedah kepada udara. Jika perlu atau minta tekong lebih kerap menggerakkan bot.
Kaedah 5
Alih tumpuan fikiran. Ia memang agak sukar tetapi jika anda boleh memberikan tumpuan kepada pernafasan atau melakukan aktiviti mental seperti mengira secara terbalik, anda mungkin boleh mengalihkan rasa tidak selesa tersebut.
Kaedah 6
Kekal tenang atau menghisap sesuatu yang bersifat masam-masam manis. Setidak-tidaknya ia dapat menghilang rasa loya. Jangan pula menghisap rokok kerana asap rokok akan menyebabkan anda semakin cepat untuk mabuk.
Kaedah 7
Minum minuman yang berkarbonat (bergas) dan sejuk. Ia pasti dapat menyegarkan dan mampu melancarkan angin yang seperti tersumbat di dalam badan. Kemudian cubalah untuk mengeluarkan angin dari badan.
Kaedah 8
Elakkan dari memakan makanan yang berat. Makanan yang berat akan menyebabkan anda semakin cepat mabuk dan muntah. Sebaiknya hanya minum air mineral.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebesar manakah hasil tangkapan yang pernah korang daratkan? Cuba tengok hasil tangkapan dan lokasi ia didaratkan di bawah ini… setandang tak dengan hasil korang?
Lautan Pasifik – Ketam (King Crab)
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan. Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
Amazonia, Brazil – Pirarucu (Arapaima gigas)
Arapaima gigas boleh dikatakan spesies legenda yang masyhur di kalangan pemancing. Jadi tidak hairanlah Lembah Amazon di Brazil ini mampu berbangga dengan spesies ikan naga sebagai rekod terberat pernah dinaikkan menggunakan rod dan kekili. Spesies yang dijinakkan oleh pemancing profesional tersohor, Jakub Vagner pada 2010 ini telah merekodkan angka 339 paun (154 kg) dan ianya juga diperakui oleh IGFA sebagai rekod rasmi.
Rio Negro, Brazil – Peacock Bass (spesies Cichla temensis)
Berhampiran dengan Lembah Amazon, Rio Negro memang terkenal sebagai lokasi pancingan peacock bass ditambah dengan sokongan daripada pihak negeri untuk menjadikan lokasi tangkap dan lepas. Pada tahun 2010, seorang pemancing warga Brazil iaitu Andrea Zaccherini, telah berjaya menaikkan seekor spesimen spesies C. temensis seberat 29.1 paun ketika trip memancing yang disertainya. Ini seterusnya memadam rekod lama seberat 28 paun yang direkodkan hanya kira-kira 10 bulan sebelum itu.
Texas, Amerika Syarikat – Alligator Gar
Spesies yang menyerupai haiwan pra-sejarah ini berjaya dijinakkan oleh seorang pemancing dari Texas iaitu Brent Crawford. Beratnya melebihi 300 paun dengan panjang berukuran 8 kaki 2 inci. Tangkapan Crawford dikatakan menjadi rekod terbesar alligator gar yang didaratkan dengan teknik pancingan busur (bow-fishing) mengatasi rekod lama iaitu 279 paun. Bagi rekod tangkapan alligator gar menggunakan rod dan kekili, rekod terberat ialah 365 paun.
Kona, Hawaii – Marlin
Marlin ini digelar marlin biru legenda Pasifik setelah ia berjaya didaratkan pada tahun 1984 di perairan Kona, Hawaii. Panjang marlin ini mencecah sehingga 17 kaki dan beratnya pula direkodkan seberat 1656 paun. Ia mengambil masa lebih daripada 2 jam bagi pemancing menaikkan gergasi ini. Begitu pun, ia dikatakan marlin kedua terberat yang pernah dinaikkan menggunakan rod pancing.
California, Amerika Syarikat – Salmon
Seorang pegawai hidupan liar telah menangkap seekor salmon yang dikatakan terberat di selatan California. Spesies salmon Chinook ini direkodkan seberat 85 paun dengan panjang mencecah 4 kaki. Ikan ini dikatakan berenang sejauh hampir 100 batu menuju ke hulu sungai untuk menghempaskan telur sebelum mati kemudiannya.
Lautan Artik – Sotong Gergasi
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun. Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
Thailand – Pari Air Tawar
Pari air tawar yang terbesar pernah ditangkap telah direkodkan di Thailand. Dengan berat mencecah 770 paun ianya ditangkap oleh seorang warga British yang memancing di Thailand ketika membantu program tagging spesies berkenaan. Ukuran spesimen sekitar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum berjaya didaratkan.
Thailand – Patin Mekong
Pada Mei 2005, seekor patin Mekong (Pangasionodon gigas) telah berjaya didaratkan yang mana saintis percaya ia merupakan yang terbesar pernah dinaikkan. Saiznya sepanjang 9 kaki dan beratnya mencecah 646 paun hampir sebesar seekor beruang. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, nelayan di sana cuba untuk melepaskan kembali, namun sayangnya Mekong tersebut mati.
Maine, Amerika Syarikat – Lobster
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun. Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...