Asas Ikatan: Figure 8 loop in the bight (video)!!

Share

 

Blood bight dropper (figure 8 loop in the bight) merupakan satu kaedah lilitan untuk menghasilkan simpulan tali yang mudah tetapi kukuh.

Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail, snap, swivel atau sebagainya lagi.

 

*Catatan: Paparan foto yang disediakan ini menggunakan kevlar dan kili yang besar untuk tujuan fotografi sahaja.

 

Langkah 1

Lipat kira-kira sejengkal (mengikut kesesuaian kegunaan) hujung tali utama atau tali perambut.

 

Langkah 2

Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.

 

Langkah 3

Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.

 

Langkah 4

Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat.

Simpulan ini sudah siap dan boleh digunakan terus atau boleh disambungkan dengan swivel atau mata kail.

 

Langkah 5

(Ini merupakan contoh bagaimana ia boleh digunakan untuk menghubungkannya dengan swivel)

Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.

 

Langkah 6

Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).

 

Langkah 7

Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.

 

Langkah 8

Sambungan peralatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.

 

Video (boleh saksikan di Youtube Umpan)

 

IKLAN