Untuk memancing dan kembali dengan hasil dan selamat, beberapa panduan dan tip ini haruslah diaplikasikan.

 

Tau Pasang Surut

 

Kebanyakan jeti bot di kawasan perairan Pelabuhan Klang terletak di kuala dan selat sungai yang cetek. Oleh yang demikian faktor pasang surut air laut memainkan peranan sebelum anda menaiki bot.

 

Ini kerana jika air surut maka bot akan berhadapan untuk masuk atau keluar dari jeti. Justeru itu apabila tekong menetapkan waktu tertentu untuk bergerak, maka patuhilah waktu yang telah ditetapkan. Ada masanya mungkin lebih awal dan ada ketikanya mungkin agak lewat dari waktu kebiasaan.

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

 

Peralatan Sesuai

IKLAN

 

Jangan segan untuk bertanya kepada tekong tentang peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan. Ia lebih baik kelihatan seperti tak tahu apa-apa daripada berlagak pandai. Dari jenis kekili, joran, kekuatan tali, jenis perambut, mata kail dan batu ladung, sebaiknya tanyalah pada tekong kerana tekong sudah pastinya lebih arif.

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

 

Jangan kedekut umpan

 

Sotong kurita dan udang lipan merupakan umpan yang paling efektif di perairan ini khususnya untuk memancing ikan merah, jenahak dan kerapu. Namun harga bagi seekor umpan terutamanya sotong kurita semakin hari semakin melambung harganya. Tetapi, jika anda terlalu berkira-kira untuk membeli dan `sayang’ untuk menggunakannya, usahlah bermimpi untuk pulang dengan hasil penuh di dalam tong.

IKLAN

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

 

Putus dan rabut

 

Mana-mana tekong pasti akan meradang apabila kejadian rabut dan putus berlaku berulang kali terutamanya di lubuk ikan merah. Atas sebab itulah anda sangat-sangat digalakkan mendapatkan nasihat tekong terlebih dahulu terutamanya pemilihan perambut dan jenis ikatan yang bersesuaian. Jika putus juga itu cerita lain. Sekurang-kurangnya tekong tiada modal untuk menyalahkan anda lagi.

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

IKLAN

 

Tinjau pergerakan kapal

 

Jangan menunggu sehingga kapal membunyikan hon amaran sebagai tanda untuk beredar dari laluannya. Anda pula jangan bergantung kepada tekong sahaja untuk memantau kedudukan kapal yang lalu lalang di kawasan anda berhanyut. Ada kalanya tekong terlepas pandang juga. Bila mendapati ada kapal yang bergerak ke arah bot, cepat-cepatlah beritahu tekong walaupun ikan sedang galak membaham umpan di lubuk berkenaan.

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

 

Jangan semua tidur!

Ada ketikanya tekong akan terlelap juga ketika berhanyut terutamanya jika menotol pada waktu malam. Kalau lihat tekong tertidur ataupun sememangnya tidur untuk seketika, jangan pula ikut sama tidur. Lagi parah kalau kesemua ahli trip ikut sama tidur. Dan ia akan menjadi tragedi lebih parah jika kapten kapal dagang yang sedap bergerak laju ke arah anda juga tertidur.

 

Apa Yang Perlu Diketahui Memancing Di Laluan Kapal Kontena

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI