Berikut disenaraikan antara keperluan wajib untuk memancing di atas bot bagi trip laut dalam melebihi tempoh 24 jam.

 

Set pancing

Peralatan memancing maksimum tiga set. Satu set kekili elektrik, satu set jigging aksi sederhana dan satu set aksi ringan khusus untuk mencari umpan seperti ikan-ikan pelagik dan sotong. Tidak perlu bawa set pancing sebagai standby mode. Namun tali pancing simpanan sebaiknya dibawa bersama.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

Kotak pancing

Segala peralatan terminal dan aksesori memancing sebaiknya dimuatkan ke dalam satu kotak pancing sahaja. Elakkan dari membawa kotak pancing berlebihan terutamanya bersaiz besar kerana ia akan memakan ruang yang sememangnya terhad di atas bot.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

IKLAN

Mata kail

Mata kail pelbagai saiz bermula dari 2/0 hingga 5/0 untuk ikan besar, manakala mata 4 hingga 1/0 untuk skala ikan kecil. Adalah disarankan susun atur mata kail mengikut saiz supaya lebih mudah untuk digunakan nanti. Jangan campur mata kail baru dengan yang sudah digunakan.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

Perambut

Perambut sesuai berkekuatan daripada 30 lb hingga 100 lb berwarna cerah atau jernih. Kabel atau perambut dawai 40 hingga 60 paun perlu untuk memancing ikan bergigi tajam.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

IKLAN

 

Umpan

Selain umpan yang disediakan oleh pihak bot, boleh juga untuk dibawa umpan sendiri. Terutamanya umpan tiruan seperti jig dan candat sotong.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

Jaket keselamatan

Pastikan jaket keselamatan berfungsi baik dan bukan ala kadar. Walau cekap berenang sekali pun ia hanyalah bonus untuk waktu yang singkat saja.

IKLAN

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

Pakaian

Pakaian sesuai yang dapat mengekang kepanasan disiang hari serta kedinginan pada waktu malam. Topi dan baju hujan juga satu kemestian. Begitu juga pakaian bersih untuk menunaikan ibadat solat lima waktu. Sebaiknya boleh barang keperluan dan dokumen penting disimpan dalam bekas atau beg yang kalis air.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

 

Makanan dan ubatan

Lazimnya pengusaha bot memancing akan menyediakan makan dan minum. Bagaimanapun seeloknya kita turut membawa minuman dan makanan tambahan berserta bekalan ubat yang dirasakan sesuai. Terutamanya ubat mabuk dan ubat tahan sakit.

 

Apa Yang Perlu Dibawa Bagi Trip Pancingan Laut Dalam

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI